View: 3376|Reply: 9
|
Lelaki Menyorok Bawah Gaun Pengantin
[Copy link]
|
|
Lelaki di Filipina sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan majlis perkahwinan pasangan pengantin berjalan lancar.
Rakaman video yang dikongsi di akaun perancang perkahwinan Roel Lunesa menunjukkan dia keluar dari bawah gaun pengantin perempuan tersebut.
Kredit foto: LadBible
Katanya, tindakannya itu bagi membantu wanita tersebut berjalan ketika upacara perkahwinan berlangsung.
Bercakap kepada Newsweek, Lunesa berkata dia terpaksa membantu pengantin itu berjalan kerana angin kencang ketika majlis tersebut berlangsung.
"Ketika majlis berlangsung pada 6 Jun lepas di Resort Louie Beach di Pinamungajan, angin kencang menyebabkan pengantin perempuan sukar untuk berjalan.
"Dia sentiasa terpijak atas gaun pengantinnya akibat angin," katanya.
Dalam rakaman video tersebut, pengantin perempuan dilihat terhenti beberapa kali bagi membetulkan gaunnya.
Sebelum tiba di hadapan paderi, Lunesa dilihat keluar dari bawah gaun pengantin perempuan dan terus beredar.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
bridezilla dan wedding planner tuyuk jd isu semasa pun boleeeyy |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan serius, macam mana dia bantu pengantin perempuan tu berjalan dari dalam gaun? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tu pun ada demi nak semuanya nampak perfact |
|
|
|
|
|
|
|
Dia jalan membongkok dalam tu sambil tolong angkat skirt kembang tu guna belakang badan dia.Kain tu berat tu,dan jadi lagi berat bila dia meleret atas carpet. Bila dia angkat, tak perlu lah pengantin kene seret the whole bunch tu sorang2.
Dengan kondifen aku tolong jawab
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih ya demi kepuasan hati klien |
|
|
|
|
|
|
|
oh, faham. Kira dia macam jadi pemegang kain tu. Memang sakit kaki nampak gayanya sebab kena jalan sambil bercangkung macam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm tarian singa yg dok bahagian belakang tu ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|