View: 1494|Reply: 11
|
Thailand mulakan ujian vaksin "ChulaCov19" pertama ke atas manusia
[Copy link]
|
|
Ujian itu melibatkan 74 sukarelawan berusia antara 18 hingga 55 tahun serta kumpulan usia antara 65 hingga 75 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. - Gambar hiasan/ AP
BANGKOK: Universiti Chulalongkorn Thailand pada Isnin memulakan ujian ke atas manusia menggunakan calon vaksin RNA (mRNA) COVID-19 dinamakan ChulaCov19.
Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata, ujian itu melibatkan 74 sukarelawan berusia antara 18 hingga 55 tahun serta kumpulan usia antara 65 hingga 75 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.
"Sukarelawan tersebut diberi dos vaksin yang berlainan mengikut usia mereka untuk menguji kepekatan yang diperlukan untuk menghasilkan imuniti.
"Ujian kedua akan dilakukan pada Ogos membabitkan kumpulan lebih besar antara 150 hingga 300 orang," katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Vaksin COVID-19 Pfizer dan Moderna dihasilkan menggunakan kaedah mRNA.
Sementara itu, pengarah Hospital Memorial Chulalongkorn Profesor Dr Suttipong Wacharasindhu dipetik PBS Thailand berkata vaksin itu diberikan kepada sukarelawan yang sihat dalam dua fasa di bawah pengawasan rapi doktor, jururawat dan penyelidik.
"Sekiranya kedua-dua fasa percubaan membuktikan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang tinggi, ia tidak perlu melalui fasa ketiga dan boleh diluluskan untuk pengeluaran besar-besaran sebelum pertengahan 2022," kata Dr. Suttipong, yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah..Thailand pun dah ada vaksin sendiri..hasil research univ...Malaysia bila pulak..come on UM,USM |
|
|
|
|
|
|
|
"Sekiranya kedua-dua fasa percubaan membuktikan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang tinggi, ia tidak perlu melalui fasa ketiga dan boleh diluluskan untuk pengeluaran besar-besaran sebelum pertengahan 2022," kata Dr. Suttipong, yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.
Ini gila ni. Orang lain semua buat sampai fasa ketiga. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik bukan malaysia yg buat, kalau tak, 7 hari 7 malam thread pasal ni jek {:cryrun . Berapa agaknya pampasan diorang offer, mesti masyukk sbb ni baru betul mcm lab rat |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam: Wah..Thailand pun dah ada vaksin sendiri..hasil research univ...Malaysia bila pulak..come on UM,USM
UKM, unimas, UMS, UPM dll tak termasuk ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 16-6-2021 04:28 AM
Ini gila ni. Orang lain semua buat sampai fasa ketiga.
Ada ke vaksin smpi fasa 3 clinical trials. Ke dorg pendekkan masa setiap trial. Sbb nk complete kan clinical trials semua ubat amek masa 7 thun cmtu gak. Kdg2 ubat yg clinical trials ni da fasa 3 tp tuptup kena cancel |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-6-2021 06:52 AM
UKM, unimas, UMS, UPM dll tak termasuk ka?
Petik 2 uni yg terkenal dan paling lama kat malaysia nih dulu..sbb rasanya ada lebih byk pakar kat both uni nih compared to others.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pulak takde? Vakasin yang ada sekarang ni masa fasa 3 dia uji dekat puluhan ribu orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 16-6-2021 02:42 PM
Pulak takde? Vakasin yang ada sekarang ni masa fasa 3 dia uji dekat puluhan ribu orang.
So cepatnya da smpi fasa 3. Baru setahun covid |
|
|
|
|
|
|
|
Awal2 vaksin diperkenalkan dulu kan merata news outlets serata dunia ada up cerita detail pasal benda ni. Ko try la baca camne diorang adjust timeline supaya dapat dipadatkan dan ada overlaping sebab nak pendekkan tempoh setiap fasa. Kalau nak ikut style waktu normal, jawabnya bertahun2 ambil masa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa bahan2 dlm vak ni ya ?
Brani nya dorang jadi tikus makmal. Iol tgk dokumentari trial TGN1412 risau pulak walapun dpt duit. Tpi ksan dia dahsyat smpai organ xbrfungsi.
Harapnya hasil kajian telus dan ada badan2 bebas yang turut serta. Kalau company je buat kajian takut overclaim. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca Malaysia pun ada tengah developing vaccine tapi lupa bacs kat mana. One of the newspapers. Siapa rajin go find it |
|
|
|
|
|
|
| |
|