Desas-desus mengenai pereka fesyen, Rizalman yang berubah akhir-akhir ini dikuatkan lagi dengan kemas kini terbaharunya di IG Story.
Dengan paparan e-mel mengenai jadual pemadaman akaun Facebook peribadinya menimbulkan tanda tanya para pengikutnya.
Sudahlah sebelum ini Rizalman, 50, seakan-akan merajuk apabila tidak lagi rancak mengemaskini IG Story, malahan ruangan feed juga berbeza menimbulkan persoalan.
Sentap dengan netizen kah?
Foto :Twitter
Ianya dipercayai bermula dengan kecaman netizen terhadap pereka fesyen itu yang memberikan salmon (hadiah daripada pengikutnya) kepada kucing belannya. Ia seolah-olah menghina pemberian tersebut.
Seterusnya, isu Rizalman diiringi polis ketika mendapatkan suntikan vaksin turut dipertikaikan netizen.
Justeru, kemas kini di Instagramnya juga berlainan seolah-olah menjawab persoalan tersebut. Tetapi, lain pula penerimaanya daripada netizen.
Foto G
Foto : IG
Ada yang kata Rizalman merajuk dan berhati tisu, tetapi ada juga berpendapat ini masa sesuai untuknya berehat. Anda rasa bagaimana? - CARI
|