CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2923|Reply: 17

[Tempatan] Alhamdulillah, Vaksin COVID-19 yang memerlukan hanya 1 dos diperkenalkan oleh KK

[Copy link]
Post time 15-6-2021 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by SPACENUT at 15-6-2021 04:09 PM


Kenyataan Akhbar KPK 15 Jun 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali Ke-359 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JUNE 15, 2021
Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 telah bersidang pada hari ini, 15 Jun 2021.
Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan  pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua (2) produk vaksin yang memerlukan hanya satu (1) dos pelalian, iaitu Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China (pemegang pendaftaran produk: Solution Biologics Sdn. Bhd.) dan Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson yang telah diberi kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (Emergency Use Listing atau EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pendaftaran Janssen COVID-19 Vaccine yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui fasiliti COVAX ini dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan WHO EUL.
Selain itu, PBKD turut meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Comirnaty, sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari 2021, digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas. Walaupun tambahan indikasi ini telah diluluskan, KKM berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat  ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.
KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.  Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran PICK.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
15 Jun 2021

https://kpkesihatan.com/2021/06/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-jun-2021-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-359-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/?fbclid=IwAR3x_muJgUiWPMj6uPIbmf8ggV3qunTIlKN62TdVA9byVZg3fiaNUywJPlA

So apa pendapat kalian semua? Lagi cepat ke kita boleh capai herd immunity?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 04:28 PM | Show all posts
Johnson & Johnson kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 04:31 PM | Show all posts
boleh target untuk kawasan pendalaman yang susah nak pi tu,..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 04:32 PM | Show all posts
Edited by SPACENUT at 15-6-2021 04:33 PM

Yap Johnson & Johnson dan satu lagi dari China jugak rasanya....tak sure nama glamour dia apa hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hhmm..johnson & johnson bukan negara europe tak effective ke..cuma mudah sbb single dose
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 04:32 PM | Show all posts
gujiwa replied at 15-6-2021 04:31 PM
boleh target untuk kawasan pendalaman yang susah nak pi tu,..

Itulah...sekali cucuk je dah ok kira complete...tak payah pergi banyak kali...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengornya pfizer dh boleh diberi kpd 12 tahun kebawah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:18 PM | Show all posts
sputnik v bila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2021 05:19 PM | Show all posts
Suchi replied at 15-6-2021 05:11 PM
Dengornya pfizer dh boleh diberi kpd 12 tahun kebawah

Yap...ada dalam artikel kat atas jugak....baguslah...takdela nanti sedih sangat tengok video/budak kena covid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2021 05:20 PM | Show all posts

Haha...yang ni kena tanay Putin kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 05:33 PM | Show all posts
SPACENUT replied at 15-6-2021 05:20 PM
Haha...yang ni kena tanay Putin kot

hari tu siap terhegeh2 letak lampu warna bendera russia kt kl tower

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
SPACENUT replied at 15-6-2021 04:32 PM
Yap Johnson & Johnson dan satu lagi dari China jugak rasanya....tak sure nama glamour dia apa hehe ...

Can sino..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-6-2021 05:11 PM
Dengornya pfizer dh boleh diberi kpd 12 tahun kebawah

12 tahun ke atas
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
So J&J tu akan dijual oleh sepital swasta lah kot, sebab gomen tak beli kan, so HARGA TIDAK RAHSIA
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ini baik utk semua moga percepatkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 15-6-2021 10:30 PM
pyropura replied at 15-6-2021 08:04 PM
So J&J tu akan dijual oleh sepital swasta lah kot, sebab gomen tak beli kan, so HARGA TIDAK RAHSIA : ...

Vaksin loji berkulat tu?  Kan dari 60 jota dos yang terpakse dicempak aritu Pak Biden kasi clearance 10 jota dos untok pake & beri ke negare lain..  Hok yang tu ke?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba ada rasa hormat sikit pada waris yg meninggal sebab wabak boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2021 09:25 AM | Show all posts

Oh thanks for the info!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.107914 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list