View: 3394|Reply: 13
|
“Dia Selalu Cakap Fasal Tuhan, Something Is Wrong,”- Janna Nick Terima Mesej Pel
[Copy link]
|
|
Pelakon Janna Nick tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan penghantar makanan memukul seorang pelanggan menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Jumaat.
Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, walaupun dia tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku di sebalik perkara tersebut, dia percaya keganasan bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Foto: IG
"Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, cuma saya tidak bersetuju guna keganasan untuk mengajar orang.
"Setiap masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan keganasan... kalau tidak puas hati ke apa, serahkan sahaja kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi mStar.
Menerusi video yang tersebar itu, kekecohan dipercayai tercetus selepas pelanggan tersebut dipercayai mempermainkan kalimah Allah sehingga menimbulkan kemarahan rider yang menghantar pesanan makanannya.
Lelaki tersebut menggunakan nama akaun di aplikasi pesanan makanan yang menyentuh sensitiviti agama.
Menerusi video itu, beberapa rider dilihat memukul lelaki tersebut di sekitar kawasan kejiranannya.
Susulan kejadian tersebut, polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lalu telah menahan lima penghantar makanan berusia 19 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.
Bercerita lebih lanjut, Janna berkata dia menyedari nama lelaki yang dibelasah sekumpulan rider itu sering kali menghantar mesej peribadi (DM) terhadapnya di Instagram.
Dia juga mengesyaki individu berkenaan mungkin mengalami masalah mental sehingga bertindak di luar fikiran manusia normal.
"Selepas saya tengok nama lelaki tu, saya baharu perasan dia ini yang selalu DM saya perkara-perkara yang pelik... dia selalu cakap fasal Tuhan.
"Saya senang nak ingat nama dia sebab saya rasa apa yang dia tulis itu di luar normalisasi manusia... saya rasa something is wrong (dengan lelaki tersebut).
"Saya cuma gunakan platform saya untuk tak nak orang salahkan dia... sebab ia bukan tanggungjawab manusia untuk menghukum dia. Bukan semua orang kita nampak macam normal, tapi kita tak tahu keadaan mental dia macam mana. Saya cakap ini secara umum sebab siapa kita nak judge dia," katanya.
Janna turut berkongsi tangkap layar (screenshot) DM daripada lelaki dikenali sebagai Ardilas.
Nama berkenaan dipercayai sama dengan individu yang menjadi mangsa pukul kumpulan rider pada Jumaat. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpo la mek jena..ramai sapot dia sebab gila katanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elehhhhh...kau buli Fattah dulu boleh ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang cakap pasal tuhan secara extreme ni biasa skizofrenia. Cerita ttg virginity melampau, mother mary, fairies |
|
|
|
|
|
|
|
Eh Janna, shushhhhhhh.
Nnt kalau kene tegur ko claim cyber bully.
Pastu mengadu ade mental health problem.
Please weh, jgn burukkan tanggapan masyarakat terhadap mental health ni.
Last2 orang igt semua yang ade mental health tu ngade2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
she didnt pass the vibe check
RiP |
|
|
|
|
|
|
|
hanya oku memahami oku
{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok ig dia pun dah tahu weng. Macam iqram tu la siap tulis Allah dekat dahi. Rasanya dia ambil dadah ke? Sebab memang kurus kering semacam dan ada tanda ambil dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
dlu pernah aku jumpa satu blog.
dia obses gila dengan Fasha Sandha,
dia feeling raja kerajaan rekaan dia,
pastu di letak Fasha Sandha as queen dia...
pastu dia letak puteri2 dia dengan gambo2 retis lain |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 14-6-2021 11:22 PM
dlu pernah aku jumpa satu blog.
dia obses gila dengan Fasha Sandha,
dia feeling raja kerajaan reka ...
takutnya org cmni... Mmg ada masalah mental.. |
|
|
|
|
|
|
|
Serius aku tak faham dgn netizen bodoh ni.dengan budak lembam pun derang nak bergaduh. Aku ingat lagi kes anak zarina z. yg buat hal pasal apa tah aku x igt dgn retis2 sampai mak si azal tampil hadapan mitak maaf ..ahgitchew |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 14-6-2021 11:22 PM
dlu pernah aku jumpa satu blog.
dia obses gila dengan Fasha Sandha,
dia feeling raja kerajaan reka ...
Hahaha blog sapa wei..lawaknya aku membayangkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|