CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4507|Reply: 36

[Tempatan] Kemunculan durian Tupai King

[Copy link]
Post time 14-6-2021 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Kemunculan durian Tupai King


DURIAN Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada 26 Februari lalu.

SEBERANG PERAI – Pulau Pinang melahirkan varieti baharu durian selepas nama Tupai 226 didaftarkan secara rasmi pada Februari lalu yang bakal mencabar populariti Musang King.

Varieti yang lebih popular de-ngan nama durian Tupai King itu dijangka menjadi tarikan terkini dalam kumpulan durian popular seperti Raja Kunyit atau dikenali sebagai Musang King dan Duri Hitam kerana rasanya yang unik.

Pengarah Pertanian negeri, Mohd. Muhaimin Ibrahim berkata, varieti dengan nombor pendaftaran D214 itu diperakui secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pertanian pada 26 Februari lalu.

Beliau berkata, pendaftaran tersebut dibuat oleh seorang pengusaha kebun durian di Su-ngai Ara, Bayan Lepas dekat sini pada Mei tahun lalu.

“Setakat ini, dusun pengusaha berkenaan mempunyai 46 pokok dan peminat durian boleh mula merasa durian Tupai 226 yang telah rasmi itu ketika musim durian pada hujung bulan ini dan Julai nanti.

“Namun, kuantiti penge-lu-arannya terhad ketika ini kerana masih belum banyak pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Bukit Mertajam.


MUSANG King atau Raja Kunyit mempunyai isi berwarna kuning pekat.

Beliau berkata, durian Tupai King dengan kulit berwana hijau keperangan mempunyai ciri-ciri buah berbentuk ovat (bujur se-perti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam.

“Ia mempunyai purata berat 2.1 kilogram (kg) dengan purata sebanyak sembilan biji (ulas) bagi setiap buah dan purata berat isi 0.7 kg.

“Isinya berwarna jingga keku-ningan dengan aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana selain tahap kema-nisan dengan bacaan purata brix 39,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, Mohd. Muhaimin berkata, pihaknya mencatatkan pengeluaran hasil durian di negeri ini secara konsisten tiga tahun ke-belakangan ini iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan (2019) dan 14,946 tan (2020).

“Dengan pertambahan tanaman durian dan input pertanian daripada kerajaan seperti baja dan racun kawalan perosak, dijangkakan pengeluaran durian di Pulau Pinang tahun ini sama se-perti tahun lalu,” tambahnya.

Anggaran harga cecah RM100 sekilogram

BALIK PULAU – Harga bagi seki-logram durian Tupai 226 atau Tupai King dijangka mencecah anggaran RM100.

Individu yang mendaftarkan varieti itu, Chew Chee Wan, 53, berkata, durian itu dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu Musang King dan Duri Hitam berdasarkan res-pons diberikan penggemarnya.

“Tupai King sudah ada pe-langgan setia sejak 10 tahun lalu, dan rata-rata ‘hantu’ durian me-ngakui kombinasi rasa manis dan pahit yang tajam memberikan kenikmatan.

“Selepas semakin komersial nanti, saya jangka ia mampu berlawan dengan harga durian Duri Hitam yang ketika ini paling mahal di Malaysia, apatah lagi harga Tupai King semakin meningkat,” katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Paya Terubong di Relau, Bayan Lepas.

Katanya, pada musim durian tahun lalu dia menjual Tupai King pada harga RM70 sekilogram, Musang King (RM60) dan Duri Hitam (RM100).

“Saya jangka harga durian Tupai King tahun ini mencecah RM100 sekilogram,” katanya.

Katanya, pengeluaran Tupai King dijangka berskala lebih besar dan komersial lima tahun lagi berikutan ramai pekebun durian dari seluruh negara telah mula menanam anak pokok durian itu sejak lebih lima tahun lalu.

“Ketika ini, hanya saya yang mengeluarkan durian Tupai King sejak kira-kira 10 tahun lalu dan tahun lalu menghasilkan 1,000 biji sahaja daripada 16 pokok yang sudah matang.

“Saya jangka lima tahun lagi, ia akan banyak seperti durian lain selepas pokok yang ditanam pekebun mula mengeluarkan hasil,” katanya.



Sumber:https://www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebiji purata berat 2.1kg dengan 9 ulas durian.. Means purata harga sebijik buah rm210.

9 ulas rm210? Kemain yahudi harga
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:50 AM | Show all posts
harkktuih replied at 14-6-2021 10:35 AM
Sebiji purata berat 2.1kg dengan 9 ulas durian.. Means purata harga sebijik buah rm210.

9 ulas rm ...

yahudi pun xmakan durian dik. mereka makan shisha
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 10:54 AM | Show all posts
new varian harga baru lagi mahal mcm hp...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:14 AM | Show all posts
pahal aku nmpk mcm busuk ja durian tu.buat tempoyak pun aku x lalu mkn
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:15 AM | Show all posts
Itu ari kata sbb Covid ni, durian tak berapa laku...tak laku2 pun rega yahudi jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape rupa durian tu lebam semacam je
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam ada tompokan kaler taik jer..mahal lak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
hitam/lebam je ak nengok warna. uish tetiba teringat durian yg flesh dia warna oren skg ni. (ak xtau jenis ape, telan je). teringat org ckp, once org cina minat benda tu abis la naik harga. dulu durian kn org melayu je mkn, zmn pasca merdeka. durian mana ada tanam kt china.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la iols tgk saja la, tak mampu rasanya nk mkn sbb harga sekilo 100ringgit. Busuk2 mesti 200 sebiji.

Iols stick dgn durian jantung n butter fav iols sj lah, lagipun durian jantung abah iols ade tanam, di tekak iols tu durian paling sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
aurakopi replied at 14-6-2021 11:40 AM
Cam ada tompokan kaler taik jer..mahal lak tu..

itulah keunikan tupai king.. warna hijau....  
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:35 PM | Show all posts
yg nampak gelap2 lebam tu jd la mcm tupai yek?  mahal nak mampos harganya. rasa tak dijamin plak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:37 PM | Show all posts
harkktuih replied at 14-6-2021 10:35 AM
Sebiji purata berat 2.1kg dengan 9 ulas durian.. Means purata harga sebijik buah rm210.

9 ulas rm ...

hahaha... ni kira scam jga ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2021 12:41 PM | Show all posts
ally9970 replied at 14-6-2021 11:15 AM
Itu ari kata sbb Covid ni, durian tak berapa laku...tak laku2 pun rega yahudi jugak

itu semua wayang...... mana pnah x laku... jual harga mustang pun org beli
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok...jom start tanam tupai king pulak ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 01:02 PM | Show all posts
Setiap kali aku tengok isi durian, mesti terbayang2 najis bayi baru lahir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
1st time npk kat shoppee,tpikir jgk nk beli..tapi pikir balik mcm x lalu pulak nk mkn..boleh pulak warna lebam sekerat cam gitu,rege mmg yahudi..rasanye menjadi kegilaan singaporean durian ni.mcm ada terbaca kat mana ntah haritu.byk pulak durian species baru..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 01:35 PM | Show all posts
Letak rege mahal2
Pastu mule la bg alasan xde orang nk beli
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni gemar benor beli brand...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2021 02:09 PM | Show all posts
musang king la, tupai king la...tengok harga mcm nak lesing tokey deroyan nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.098431 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list