View: 1980|Reply: 15
|
Motor Dibakar Bos Sebab Pinjam Kereta Sampai Habis Petrol
[Copy link]
|
|
Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki bertindak membakar motosikal milik seorang pekerjanya dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Tasek Gelugor, Pulau Pinang Selasa lalu.
Suspek merupakan pemilik kilang berusia 40 tahun dipercayai berbuat demikian selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang meminjam keretanya sehingga kehabisan petrol dan rosak.
Kredit foto: PDRM
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 35 tahun mendakwa motosikalnya terbakar dan hanya tinggal rangka pada Selasa lalu.
"Dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan majikannya kerana sehari sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara mereka berdua," katanya.
Menurut Noorzainy, pada Isnin lalu, mangsa telah meminjam kereta suspek untuk berjumpa dengan kawannya di Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
Bagaimanapun, kereta tersebut kehabisan petrol dan menyebabkan mangsa meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan.
"Mangsa kembali semula bersama suspek keesokan harinya untuk mengisi petrol dan membawa balik kenderaan tersebut namun kenderaan itu tidak dapat dihidupkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Noorzainy berkata, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menuju ke kilangnya lalu membakar motosikal milik mangsa.
Perbuatan suspek disaksikan ibunya dan seorang jiran yang cuba menghalang tindakan itu namun gagal.
Katanya, suspek juga dikatakan menghantar gambar motosikal yang sedang terbakar kepada mangsa.
"Hasil siasatan mendapati motosikal itu ditinggalkan suspek sejak seminggu lalu di kilang tersebut kerana mengalami kerosakan,” katanya.
Susulan laporan mangsa, suspek kemudiannya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU kira-kira jam 1 petang Khamis.
Pihak polis turut merampas telefon bimbit, cebisan kain berwarna coklat yang terdapat kesan terbakar, pemetik api dan sekeping nombor plat kenderaan yang terbakar.
Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala saringan air kencingnya juga negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Ish3
Tu yang iols tak.suka.bg pinjam.kete
Kekqdamg tu guna petrol pastu bagi balik..petrol pung tinggal ciput..hahaa...hadoi.la |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun penah kene mcm ni. pakcik pinjam motor, tak reti nak isi minyak. bila aku bawak mati tengah jalan ngam2 depan stesen minyak. rasa terbakar juga sebab motor aku minyak sentiasa penuh, plg kurang pun tangki tinggal separuh. lelaki mmg mcm ni sepanjang masa husnozon minyak ada lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta tak dapat start? Mungkin disebabkan oleh fuel pump kereta dia rosak kerana petrol yang dah habis. |
|
|
|
|
|
|
|
hal kecik je tak pasal2 masuk jail
tukar je lah fuel pump dgn fuel filter pastu tolak lah gaji pekerja tu tak pun pecat je terus pekerja tu |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh sori ye i bukan jenis lelaki mcm tu mesti penuh punya tank kecuali masa takda fulus
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan bagi sesiapa pinjam kenderaan kita. Itu yang terbaik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai moto rosak,pinjam kereta orang rosakkkk.apa la nasib malang.tapi kira okey la boss kasi pinjam,tapi tak reti nak bersyukur . |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis tak pandai jaga barang. Harta orang rosak. Harta sendiri rosak. Haih |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam hal masyarakat sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran mak aku lg syial. Pinjam blender smpai rosak. Pastu tuduh ank dia yg umo 4 thn pegi rosakkan |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda: aku pun penah kene mcm ni. pakcik pinjam motor, tak reti nak isi minyak. bila aku bawak mati tengah jalan ngam2 depan stesen minyak. rasa terbakar ju ...
Nasib baik xbakar pakcik tu |
|
|
|
|
|
|
|
jiran tu tk le pakai,
nnti pinjam apa2, rosak, dituduh anak umo 4 tahun yg buat..
|
|
|
|
|
|
|
|
ak aritu bwk kete g ofis mls nk isi minyak, padahal satu bar dh. cuak jgk la tetiba lmbang petrol pump dh blinking2 dlm perjalanan, sebaik x jem sbb pkp , turun bukit sikit slepas naik bukit, lambang petrol dah x blinking dah. nmpak petrol pump terus isi 15 liter. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cash ke cheque? Dibaginya cash terus. Dah pakai minyak orang sila isi balik yaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|