CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 987|Reply: 5

2 Lelaki Bergaduh Sampai Putus Telinga Digigit

[Copy link]
Post time 11-6-2021 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Satu video memaparkan dua lelaki bertumbuk di sebuah bar taman sehingga seorang daripada mereka kehilangan telinganya, tular di laman media sosial.


Lapor Metro, kejadian mengejutkan itu berlaku di Cricketers Pub di River, bandar Dover di England.


Dalam rakaman video itu, kedengaran beberapa orang menjerit dan cuba menghentikan pergaduhan antara dua lelaki berkenaan.  




Kredit foto: News Dog Media/Metro




Dua individu itu bergelut sesama sendiri sehingga jatuh ke tanah sebelum seorang daripada mereka yang memakai baju-T dan seluar pendek berwarna hitam menggigit telinga lawannya sehingga putus.


Lelaki itu kemudian menarik mangsa dan mula menumbuk perutnya beberapa kali.


Kedua-dua individu itu saling berbalas tumbukan sehingga lelaki berpakaian hitam itu meludahkan telinga mangsa sekali gus mengejutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian.  


Kedua-dua individu itu terus bertengkar sehingga pergaduhan berjaya dileraikan pengunjung di bar taman berkenaan.


Punca pergaduhan masih belum diketahui dan polis di Kent memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kejadian itu, manakala mangsa kini dirawat di hospital.


Kejadian itu juga menyaksikan seorang lelaki berusia 39 tahun dari Dover ditahan atas dakwaan bergaduh dan dibebaskan dengan ikat jamin.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi mike tyson ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa pujaan kebangga
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeee… tak geli pulak ko gigit
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055318 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list