Sebuah video memaparkan insiden seorang wanita cuba menyelamatkan diri dari kebakaran, lalu jatuh dari tingkat yang tinggi tular di media sosial.
Pada mulanya, ramai menyangka kejadian berlaku di Malaysia memandangkan tertulis perkataan KL Subang, tetapi ia sebenarnya berlaku di China.
Foto :Twitter
Menurut pengguna Twitter, video tular di TikTok itu di percayai berlaku di Chongqing China yang menyaksikan mangsa berusia 23 tahun terbabit cuba keluar dari tingkap rumahnya di aras 13, tetapi gagal berpaut menyebabkan dia terjatuh.
Foto :Twitter
Foto : Twitter
Netizen turut mencadangkan agar setiap rumah pangsa atau kondominium dibekalkan dengan alat pemadam api agar kejadian begini boleh dielakkan.
"Thats why fire fighting extinguisher mesti di pasang dn ada dlm setiap rumah lagi2 condominiums atau flat sbb tidak ada peralatan kebakaran seperti hose reels atau wet riser di setiap tingkat dlm bangunan."
Jadi, walaupun kejadian bukan di Malaysia, iktibar yang boleh diambil adalah menyediakan alat yang memudahkan komuniti dan pihak bomba mengawal kebakaran atau kejadian tidak diingini. Ada cadangan lain? - CARI
|