CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1888|Reply: 8

Ashira Kecewa Penggiat Muzik Dipandang Hina

[Copy link]
Post time 10-6-2021 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Di Ombak Resah, Ashira Aziz, 36, kesal ada segelintir pihak sering memandang rendah terhadap golongan seni berikutan mempertikaikan pemberian Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM6 juta yang diagihkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kepada 960 penggiat muzik bagi menghasilkan Program Hiburan Dari Rumah (HDR) 2021.


Kembali menempa menerusi program Gegar Vaganza musim ketujuh, Ashira berkata, dia terkilan apabila ada pihak yang tidak berpuas hati atas pengagihan dana yang diperuntukkan kepada warga seni itu.




Foto: IG




"Saya kecewa, warga seni sering dipandang hina hingga ada yang mengatakan hiburan adalah maksiat. Mereka tidak tahu, ramai pemuzik terutama mereka yang bekerja malam hilang punca pendapatan sehingga hari ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, tahun lalu.


"Ramai rakan saya kini berada pada tahap sukar kerana tidak boleh bekerja. Alhamdulillah, akhirnya ada juga dana untuk membantu penggiat muzik. Mereka bukan dapat duit begitu sahaja, sebaliknya perlu menyiapkan tugasan, tetapi itupun masih ada orang yang tidak berpuas hati.


"Sejujurnya, saya sangat sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa rakan-rakan. Saya tahu macam mana rasa dihalau daripada rumah sewa kerana pernah melalui pengalaman sama. Tambahan pula, ada antaranya sudah berkeluarga dan masih ada anak kecil, tetapi tiada tempat hendak dituju.




  



"Malah, mereka juga sanggup melakukan pelbagai kerja untuk meneruskan hidup. Jadi, saya sedih apabila ada yang mempersoalkan pemberian dana tanpa tahu apa yang dilalui kami ketika ini," katanya kepada BH Online.


Bagaimanapun, Ashira berkata, dia tidak berhasrat memohon DKD Muzik berikutan lebih ramai yang layak untuk memohonnya.


"Tak mengapalah, biarlah DKD Muzik diberikan kepada mereka yang memerlukan. Saya pun baru hendak bangkit semula, lebih lagi, sepanjang PKP tiada sebarang tawaran nyanyian.


"Namun, saya bersyukur masih ada tempat untuk berteduh dan cukup makan. Jadi, biarlah mereka yang berada dalam kesempitan memohonnya," kata Ashira.




  



Sementara itu, belum pun sempat mengecap kemanisan alam rumah tangga, Ashira dan suaminya yang juga anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad, 46, reda dengan ujian yang menimpa mereka.


Selepas dua minggu selepas diijabkabulkan pada 11 Mac lalu, Bad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menjalani pembedahan memotong satu jari kaki kiri yang luka akibat penyakit diabetes.


Bagaimanapun, Bad sekali lagi dimasukkan ke PPUM pada 9 Mei lalu, namun kali ini, tiga jari kaki sebelah kirinya pula terpaksa dipotong mengelakkan bakteria merebak ke ibu jari kaki.




  



Namun, ujian terhadap Bad tidak terhenti di situ saja apabila ibu jari kaki juga perlu dipotong akibat gangren.


"Keadaan suami belum sihat sepenuhnya. Empat jari kaki sudah tidak ada, luka kesan pembedahan juga masih belum baik. Berkemungkinan ibu jari kaki pula akan dibuang kerana sudah hitam.


"Suami sudah pulang ke rumah, tetapi perlu berulang ke klinik untuk mencuci luka di kaki dan hanya perlu makan ubat sahaja. Bad kini terpaksa bergantung kepada tongkat untuk berjalan, badannya juga semakin susut berikutan kurang selera makan.


"Kami kini sedang menantikan temu janji seterusnya. Kami ada ke hospital, tetapi diminta menunggu dahulu," katanya.


Menurut Ashira, ujian yang terpaksa dilalui cukup berat, namun reda dan perlu kuat demi suami.




  



Katanya, suaminya kelihatan kuat dan tidak pernah menunjukkan tanda putus asa.


Namun, katanya, dia tahu jauh di sudut hati pasti terselit kekecewaan, apatah lagi, menanggung kesakitan. Malah, suami sering meminta maaf kerana terpaksa mengharungi ujian itu sejak awal perkahwinan.


"Setakat ini, suami tidak pernah menunjukkan kekecewaan mahupun kesedihannya. Tetapi, saya tahu suami memendam rasa sedih dan terpaksa menahan sakit.




  



"Sebagai manusia biasa, saya akui ada ketika tertekan lebih lagi, kami baru sahaja mendirikan rumah tangga. Boleh dikatakan kami belum sempat merasa nikmat perkahwinan. Sesekali timbul pertanyaan dalam hati, kenapa seberat ini ujian yang diberikan untuk kami.


"Malah, ada masanya timbul rasa kecewa. Namun, saya perlu reda kerana ia sudah tertulis. Saya yakin Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya kini hanya mampu berdoa dan kuat demi suami," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2021 11:47 AM | Show all posts
Takde sakit carik penyakit

rezki tak menentu time ppkp

kawen pulak dgn laki sakit
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 12:10 PM | Show all posts
artis mmg hina dina pon.x de pun x pe
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 12:54 PM | Show all posts
Abis nk kene sanjung melangit ke hape ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2021 01:54 PM | Show all posts
6 juta utk cover 960 krew and retis tu sikit sangat....
walhal dah puluh ratus juta membazir bagi buat filem sampah ada... buat kempen pelancongan tapi sendu dan flopp (hellooo kak ani??)... buat iklan kempen jabatan filem negara ala2 format powerpoint...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ashira n suami berbahagia selalu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2021 11:33 AM | Show all posts
semoga berbahagia ke akhir hayat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis retis ni pi la mengadu dekat laki tin minyak tu..minta bantuan ke apa....
Hari tu, dia yang meminta.. Bising2 sangat nak lockdown...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian Ashira ni dahla hidup jatuh susah gara2 pkp, ada lelaki baik yg berkenan nak jadikan dia isteri tapi taktaula dia tahu ke tidak suaminya ada kencing manis plak.
Malah makin melarat plak masa baru je kawen seminggu dua.
Semoga yg baik2 ajalah, besar dugaan untuk dia kali ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.164072 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list