Malang tidak berbau, itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan situasi dialami sebuah keluarga apabila bilah kipas siling di dapur rumahnya patah secara tiba-tiba.
Mujurlah ketika kejadian tiada sesiapa berada di dapur.
Kredit foto: FB Sarina Basir
Detik cemas itu dikongsikan Sarina Basir menerusi satu posting di Facebook .
Dalam masa sama, dia memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan kipas jenis berkenaan.
Tambahnya, kejadian berlaku pada tengah malam itu disedari anak perempuannya.
Difahamkan, ketika kejadian ahli keluarga lain sedang tidur dan suis kipas tersebut tidak dihidupkan.
Sumber: OhBulan |