Jika sebelum ini, platform WeChat dan Bigo pernah mengegarkan negara kerana isi kandungannya yang menjadi titik tolak kepada gejala sosial remaja di Malaysia sehinggakan aplikasi Bigo pernah diharamkan.
Namun pernah kah anda membayangkan satu platform yang mempunyai isi kandungan sama, namun mensasarkan kanak-kanak?
Ya, ini yang berlaku sekarang, aplikasi jodoh atau maksiat ini sedang ligat mencari mangsa menerusi iklan di platform Tik Tok menyebabkan ramai yang terjebak.
Lebih menyedihkan, kanak-kanak semuda tujuh tahun pun sudah pandai mencari pasangan, semuanya salah siapa?
Foto :Twitter
Aplikasi ini menggalakkan penggunanya mengemaskini akaun dengan ayat-ayat yang mencari pasangan dilihat sebagai perangkap. Dapat dilihat kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 15 tahun ini meluahkan rasa kesunyian dan mahukan perhatian.
Foto : Twitter
Pastinya ada mata yang sedang memerhati kanak-kanak ini, misalnya pedofilia yang hanya menunggu mangsa memasuki jerat mereka.
Rata-rata pengguna Twitter berpendapat ianya aplikasi sampah dan tidak seharusnya digunakan oleh kanak-kanak yang tidak boleh berfikiran matang.
Foto : Twitter
Jika dulu, kita sangat risaukan golongan remaja yang mungkin terjebak dengan gejala sosial, kini masalah bertambah buruk apabila kanak-kanak sendiri merasakan perkara yang sama.
Apakah mereka benar-benar matang sehingga perlukan pasangan atau ibu bapakah yang tidak pandai mendidik anak? Apa yang perlu kita lakukan sekarang?-CARI
|