View: 1516|Reply: 13
|
Thailand buat persediaan buka semula Phuket kepada pelancong sudah divaksin mula
[Copy link]
|
|
BANGKOK: Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim "huket Sandbox", pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
"embukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA)," kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada taklimat harian COVID-19, di sini hari ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.
Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
"Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi. Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket," katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
Dalam 24 jam lalu, Thailand mencatat 2,631 kes baharu COVID-19 dan 31 korban, menambah jumlah keseluruhan jangkitan kepada 171,979 dan 1,177 kematian.
Daripada kes baharu, penolong jurucakap CCSA, Dr Apisamai Srirangsan berkata, 2,580 adalah jangkitan tempatan dan 51 kes import termasuk enam yang tiba dari Malaysia.
Menurutnya, kes kematian baharu pula melibatkan 16 lelaki dan 15 wanita berusia antara 17 hingga 97 tahun termasuk 20 di Bangkok, empat di Samut Prakan, dua di Chiang Mai.
"ihak berkuasa kesihatan mengesan dua kluster baharu COVID-19 di Bangkok menambah kluster aktif di ibu negara kepada 52 setakat ini," katanya.
Sumber : BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
jadah apa nak duduk sampai 14 hari kat pulau...melancong ni setakat 2..3 hari ok lagi kat satu2 tempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke derang pon covid tgh mencanak naik.kemaruk sgt nk bg pelancong masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
wnwa05 replied at 5-6-2021 12:50 AM
jadah apa nak duduk sampai 14 hari kat pulau...melancong ni setakat 2..3 hari ok lagi kat satu2 tem ...
Ko biar betul melancong 2,3 hari? Penat tolak bag jer dah sehari.
Nampaknye dah jadi syarat lepas ni siapa nak bercuti memang kena vaccine dan carry health passport. |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat that okay je ke tu. Dahla kes covid tetiba ribu riban. |
|
|
|
|
|
|
|
Sajat tak vaksin. Aman2 je kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
lalangkering replied at 5-6-2021 01:49 AM
Sajat tak vaksin. Aman2 je kat sana
'Bayar' kot..cam kawan I ceta, kawan dia sorang Turkish passport masuk indon Guna visa business, mmg boleh masuk utk businessman tapi still kena kuarantin..tapi mamat tu Lepas gitu je sebab sogok usd100 kat imi..senang hidup |
|
|
|
|
|
|
|
becir: 'Bayar' kot..cam kawan I ceta, kawan dia sorang Turkish passport masuk indon Guna visa business, mmg boleh masuk utk businessman tapi still kena kuara ...
Sikitnya duit sogokan.. kat mesia pon deme sogok tak rasanya?
|
|
|
|
|
|
|
|
woohooo..tapi tanpa vaksin kah?{:run |
|
|
|
|
|
|
|
lalangkering replied at 4-6-2021 05:49 PM
Sajat tak vaksin. Aman2 je kat sana
Aman ka? Kereta dah nak kena tarik .. nak jual cawangan mano ntah |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 5-6-2021 01:55 AM
'Bayar' kot..cam kawan I ceta, kawan dia sorang Turkish passport masuk indon Guna visa business, m ...
Negara dunia ketiga aje ka yang kuat rasuah ni kak? |
|
|
|
|
|
|
|
tipahketipung replied at 5-6-2021 10:05 PM
Aman ka? Kereta dah nak kena tarik .. nak jual cawangan mano ntah
Dia buka ‘cawangan’ baru kat sana kot.. hihu |
|
|
|
|
|
|
|
lalangkering replied at 6-6-2021 01:10 PM
Dia buka ‘cawangan’ baru kat sana kot.. hihu
Nak bukak business kat sane kena cari org Thai. Spilt modal… |
|
|
|
|
|
|
|
mohon bukak danok, kami nak makan tomyum dekat sane |
|
|
|
|
|
|
| |
|