CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1047|Reply: 6

Disangka Mati Akibat Covid-19, Keluarga Terkejut Wanita Pulang Ke Rumah Selepas

[Copy link]
Post time 4-6-2021 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Satu keluarga di India digemparkan dengan kepulangan seorang ahli keluarga mereka yang kononnya disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.


Wanita itu yang merupakan ahli keluarga pulang ke rumah dua minggu selepas 'upacara pembakaran mayatnya'.


Keluarga Muktyala Girijamma pada 15 Mei lalu dimaklumkan bahawa wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19, namun prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan mereka hanya boleh melihat jasad yang dibungkus dengan plasti dari jauh sebelum proses pembakaran.


Foto: Daily Star




Bercakap kepada pemberita, anak saudara lelaki kepada wanita berusia 60 tahun itu. Nagu berkata, mereka melawatnya di Hospital Umum Vijayawada dan dimaklumkan Muktyala telah meninggal dunia.


"Doktor bertugas pada hari berkenaan gagal memaklumkan kepada bapa saudara saya bahawa Muktyala telah dipindahkan ke wad lain, sebaliknya memberitahu dia meninggal dunia akibat Covid-19.


"Kami yang mempercayai perkhabaran itu pergi ke bilik mayat untuk mencari jasadnya, di mana kami telah ditunjukkan jasad wanita lain.


"Disebabkan kami tidak dapat mengesahkan jasad sebelum ia dibungkus, kami kemudian membawa jasad itu pulang ke rumah dan melakukan penghormatan terakhir," katanya.


Keluarga itu kemudian menyerahkan jasad itu untuk upacara pembakaran mayat.


Namun sekarang, Nagu berkata: "Kami tidak tahu jasad siapa yang kami lakukan untuk upacara pembakaran mayat."


Muktyala pulang ke rumahnya di kampung Christianpet di Jaggaiahpet Mandal di daerah Krishna pada 2 Jun. - CARI


Sumber: mStar/ Daily Star
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah sudah.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 1-9-2021 05:56 PM

Hantu pulang ke Parlimen

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmni pun ada
check elok2 ye acik nagu tacodd saka
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 1-9-2021 05:47 PM
Hantu pulang ke Parlimen


yg plg handosme baju ungu tu mcm iras pelakon melayu:dulu kala
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 1-9-2021 05:51 PM
yg plg handosme baju ungu tu mcm iras pelakon melayu:dulu kala

macam arwah tamam idris pun ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2021 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 1-9-2021 05:55 PM
macam arwah tamam idris pun ada

hihi done gugel..pastu keluar muka arwah pakcik yg i mksdkn tu..arwah latiff bargiba nama beliau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.567385 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list