CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 1

Ahli Politik Didakwa Cabul Unduk Ngadau

[Copy link]
Post time 3-6-2021 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Seorang ahli politik Sabah yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis hari ini.


Lelaki terbabit ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.


Difahamkan, sidang media dibuat berhubung tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap dua individu dan sebuah laman blog.


Ia dipercayai berkaitan video yang disiarkan menunjukkan beliau berselisih faham dengan pengawal keselamatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang, bulan lalu.




Kredit foto: Harian Metro





Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.


"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini


Sementara itu, Hazani berkata, peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk hadir rakaman keterangannya, hari ini.


Katanya, wanita berusia 20-an itu dipanggil bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.


Sebelum ini, Hazani menegaskan polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri yang mendakwa dicabul seorang ahli jawatankuasa penganjur pertandingan itu.


Katanya, hasil siasatan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.


"Berdasarkan salinan laporan polis bertarikh 21 Mei lalu yang tersebar di media sosial, peserta Unduk Ngadau terbabit mendakwa diraba di paha, tangan, leher dan belakangnya dalam sebuah kereta ketika mengikut suspek keluar makan malam di Kota Kinabalu," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 sunyi sangat asia city tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055914 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list