CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 1

Mati Ditembak Sebab Tak Nak Bayar Lepas Gunting Rambut

[Copy link]
Post time 1-6-2021 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara tidak membayar selepas terima khidmat gunting rambut, seorang lelaki di Illinois, Amerika Syarikat ditembak mati pada Khamis lalu di sebuah kedai di Maywood, menurut polis.


Suspek, Deshon McAdory, 40 tahun, ditahan polis sejurus selepas kejadian dan didakwa di mahkamah pada Ahad atas tuduhan membunuh Christian McDougald, 31 tahun, lapor Chicago Sun-Times.




Gambar hiasan




Namun, menurut peguam yang mewakili tertuduh, Anthony Burch, McAdory bertindak demikian kerana mempertahankan diri.


"Seorang pelanggan datang ke kedai tersebut. Selepas menerima khidmat gunting rambut, dia enggan membuat pembayaran.


"McAdory dan McDougald kemudian bertengkar di luar kedai gunting rambut tersebut dan apabila McDougald cuba menyerang McAdory, tertuduh mengeluarkan pistol dan menembak mangsa," katanya.


Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Kesihatan Loyola University.


Mahkamah pada Ahad mengarahkan McAdory membayar ikat jamin AS$250,000 serta menetapkan 3 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh Tuhan...

Berita ni dah lama berbulan bulannnnnnn dibincangkan dalam benang ni. Tak buat research ke sangkak????? Asal boleh macam jizklongklong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.222199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list