CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1384|Reply: 3

Sufian Suhaimi Tak Tamak Dapat Banyak Job Berlakon, Elak Terlalu Kerap Keluar Da

[Copy link]
Post time 31-5-2021 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Sufian Suhaimi menerima banyak berlakon selepas lakonannya dalam drama Kampung Kolestrol arahan Shuhaimi Lua menjadi bualan.


Menerusi drama 20 episod terbitan Zamriez Golden Pictures yang disiarkan menerusi slot Diandra di TV9, Sufian bergandingan dengan dua bintang otai, Ziana Zain dan Mas Idayu, selain Aiman Tino, Rusdi Ramli, Afifah Nasir, Anne Abdullah, Ieda Moin, Khaty Azian, Dalimawati, Ifa Raziah, Ani Maiyuni, Lana Nodin dan Herman Tino.


Sufian berkata, pembabitannya dalam Kampung Kolestrol menterjemahkan sisi lakonan yang berbeza.




Foto: IG




"Saya pernah berlakon telefilem dalam tempoh singkat, namun Kampung Kolestrol adalah drama episod pertama yang dibintangi.


"Sudah tentu ia pengalaman yang menyeronokkan apabila bergandingan dengan pelakon hebat seperti Ziana dan Mas Idayu. Saya rasa seronok lain macam.


"Mulanya, saya fikir berlakon drama Kampung Kolestrol sekadar mengisi masa terluang. Lagipun, saya banyak fokus kepada perniagaan sejak tahun lalu. Jadi, saya mahu mencabar diri dan mengubah angin apabila dapat tawaran berlakon," katanya kepada BH Online.




  



Penyanyi lagu Di Matamu itu berkata, dia tidak menyangka akhirnya ia menjadi pengalaman yang berharga buatnya.


"Bukan hanya seronok bekerja dengan pasukan drama ini, malah hubungan antara artis dan kru menjadi lebih akrab. Mungkin disebabkan kami berkampung selama 50 hari di Ijok, Kuala Selangor.


"Memang banyak perkara dipelajari sepanjang penggambaran drama Kampung Kolestrol yang disiarkan pada Ramadan lalu," katanya.


  



Katanya, dia juga mudah mendapat keserasian bergandingan dengan Ziana dan Mas Idayu.


"Selalunya, saya hanya bertembung dengan Ziana dan Mas Idayu ketika mengadakan persembahan. Tetapi, ini kali pertama berada dalam gelanggang lakonan, sekali gus membuatkan kami menjadi rapat seperti keluarga.


"Ia mula membuka pintu hati dalam dalam dunia lakonan. Saya tidak akan melepaskan peluang sekiranya ada tawaran yang bersesuaian dan watak lebih mencabar.




  



"Ziana yang berperwatakan lembut mengingatkan saya kepada ibu di kampung. Malah, dia juga tidak lokek memberi nasihat dan berkongsi pengalaman. Mas Idayu pula lebih garang, tetapi amat penyayang orangnya," katanya.


Akibat populariti drama Kampung Kolestrol, Sufian berkata, dia menerima beberapa tawaran lakonan.


  



"Saya menerima tawaran berlakon telefilem, baru baru ini. Namun, saya tidak mahu terlalu tamak. Saya beri jarak masa supaya tidak terlalu kerap keluar dalam drama televisyen," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2021 09:56 PM | Show all posts
pian, sesuai kau berlakon genre macam ni, tapi yang serius tu belum lagi kot... cari pengalaman banyak2.. good luck... hahah sekian
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Not bad la berlakon...ok juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Not bad la berlakon..ok juga.        
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.154266 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list