View: 2221|Reply: 7
|
“10,000 Tu Bukan Anak Ayam Ya,"- Naim Daniel Kesal Angka Kematian Jadi Baha
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel meluahkan kekesalannya di atas tindakan sesetengah netizen yang menjadikan kes harian Covid-19 sebagai bahan jenaka sehingga ia menjadi tular di media sosial.
Menurut Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, hal melibatkan nyawa tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan lawak untuk 'diperdagangkan' oleh netizen.
Foto: IG
"Semalam (Sabtu) saya tengok hashtag #roadto10K menjadi trending... saya faham netizen cuba untuk jadi sarkastik tapi tolonglah sedar yang kamu cakapkan itu melibatkan nyawa orang.
"Nyawa 10,000 tu bukan anak ayam ya, tapi nyawa orang... dalam 10,000 itu, ada ibu, bapa, adik-beradik dan rakan-rakan seseorang.
"Bagi saya kalau nak jadi sarkastik itu boleh... tapi tolonglah jangan sesekali berjenaka atas nyawa orang lain," katanya ketika dihubungi mStar.
Terdahulu, Naim memuat naik sebuah video di Instagramnya sebagai respon terhadap tanda pagar #roadto10K, dipercayai merujuk kepada jumlah harian kes Covid-19 yang trending di laman Twitter pada Sabtu.
Mengakui ada juga individu yang menyifatkan dirinya sebagai 'pembaris' atau terlalu lurus kerana tidak boleh menerima gurauan orang, Naim menjelaskan dalam bergurau kita perlu meletakkan sensitiviti di tingkat teratas sebelum menulis apa-apa perkongsian di media sosial.
"Saya tahu ada juga orang mocking saya kata macam saya tak pernah bahan orang atau menteri di media sosial.
"Memang saya buat begitu juga, tapi tak pernah langsung melibatkan isu-isu sensitif seperti kematian untuk dijadikan sebagai bahan lawak.
"Bagi saya senang, kalau tiada benda baik yang nak dikatakan lebih baik kita berdiam sahaja," katanya lagi.
Penyanyi lagu Sembah ini juga turut disindir netizen yang mengatakan dia seharusnnya menasihatikan rakan artis Iman Troye yang terlebih dahulu membuat 'sindiran' sebegitu pada minggu lalu.
Namun, Naim berkata dia sendiri sudah pun menasihatkan Iman di atas perbuatannya itu dan tidak perlu untuk dia menghebah-hebahkan perkara itu kepada umum.
"Ada netizen kecam saya kata kenapa saya tidak nasihatkan adik saya, Iman yang pernah keluarkan kata-kata macam itu juga.
"Kalau nak tahu, hari benda itu kecoh lagi saya sendiri dah call Iman dan nasihatkan dia mengenai perkara itu. Takkan semua benda saya perlu beritahu pada orang," ujarnya lagi.
Naim berharap dengan pelaksanaan total lockdown yang bakal dilaksanakan bermula 1 hingga 14 Jun ini dapat melandaikan jumlah kes harian Covid-19 selain meminta setiap rakyat Malaysia untuk sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"Buat masa sekarang, kita jangan salahkan sesiapa... sekarang kita sendiri kena bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
"Saya faham bukan semua orang yang boleh kerja dari rumah, jadi kalau dapat surat kebenaran kerja itu kita jangan salah gunakan.
"Kalau kita sentiasa jaga SOP dengan baik dan semua rakyat bersatu padu, insyaAllah negara kita dapat landaikan kes Covid-19," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh bendul betul la ko ni, sebenarnnya angka 10k tu satu perli kepada kerajaan. Sbnarnya dlam hati netizen tu trlampau sakit hati pada kerajaan yg gagal menangani masalah covid ni. Bila ckap lebih kena tangkap pula nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AshkieLa at 31-5-2021 11:53 AM
bukan ke kawan ko or "adik" ko si iman toyer tu pun buat jadi bahan jenaka ke bende ni..sampai delete tweet bagai bila kena hentam...
pi bambu dia dulu..
kemain berani nak sound netizen je...
esok2 kluar single, keluar product... kawan2 retis ko ke yg support ko tu?
mengemis netizen ni jugak kan. yihhhhh sangat...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 31-5-2021 11:55 AM
tak herlokkkk...
cancel culture where ya atttt
Heheh klu x herlok nampak poyo aja statement heshe.. better dia ckp pasal seni sajork |
|
|
|
|
|
|
|
mencapup je kerja si jerawat ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak leak video budak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada benda nak buat, semua benda nak komen... |
|
|
|
|
|
|
| |
|