View: 1085|Reply: 6
|
Maut Terhempas Selepas Terperangkap Dalam Lif Rosak
[Copy link]
|
|
Seorang remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak di sebuah pangsapuri di China.
Menurut laporan portal berita The Paper pada Rabu, lif berkenaan terhenti di tingkat satu pangsapuri berkenaan dan tiba-tiba melonjak lalu terhempas di tingkat 30, tingkat paling atas.
Menurut polis, kejadian berlaku di Zhanjiang pada jam 7.40 malam Ahad lepas.
Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah hospital berdekatan.
Gambar Hiasan
Polis tidak mendedahkan identiti atau umur mangsa dan hanya memberitahu dia bakal menduduki peperiksaan awam minggu depan.
Sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian yang dikatakan berkait dengan sistem brek lif berkenaan. -CARI
Sumber: Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wuish! Lif tu bukan terhempas ke bawah tapi melantun ke tingkat paling atas! |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai, bahayanya melonjak ke atas btl-btl dlm movie punya kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
Terhempas ke bawah atau atau?
Rasa lif ni lajak sampai habis tingkat paling atas kan |
|
|
|
|
|
|
|
Guane terhempas kt tingkat paling atas tu..lif tu tetiba naik laju mcm solero shot genting tu ker..aihh seram nye |
|
|
|
|
|
|
|
Sian lah dia. Masa lift tu laju menaik ke atas, dia mesti melekat kat lantai, then once lift tu hentak di tingkat 30 tu, baru dia terlempar ke atas lift... then jatuh. Ya Allah, kenapo lah meols suka imagine2 benda gini haihhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|