View: 1148|Reply: 1
|
[Sarawak]
Covid19 27/05/2021
[Copy link]
|
|
Sarawak mencatatkan 772 kes baharu COVID-19 hari ini.
Sejumlah 500 atau 64.77 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Subis.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (229),
Miri (82),
Sibu (70),
Bintulu (67),
Subis (52),
Mukah (33),
Beluru (25),
Sri Aman (23),
Serian (18),
Kanowit (17),
Betong (16),
Kabong (15),
Pakan (15),
Selangau (14),
Asajaya (13),
Tatau (12),
Bukit Mabong (11),
Kapit (9),
Tanjung Manis ( 8 ),
Bau ( 8 ),
Samarahan (7),
Belaga (6),
Dalat (4),
Sarikei (4),
Daro (3),
Lawas (2),
Lundu (2),
Saratok (2),
Meradong (2),
Sebauh (1),
Song (1)
Matu (1)
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini sembilan (9) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 272 orang.
I. Kes Kematian Ke-264.
Kes kematian ke-264 adalah kes ke-38,052 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 45 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Bintulu kerana mengalami sesak pernafasan.
Kes didapati mulai mengalami gejala batuk, cirit birit dan hilang selera makan sejak seminggu yang lalu. Swab bagi saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 15 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 22 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis.
II. Kes Kematian Ke-265.
Kes kematian ke-265 adalah kes ke-42,805 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 72 tahun yang telah didapati tidak sedar diri oleh keluarga di rumah dan disahkan telah meninggal dunia pada 23 Mei 2021 oleh pasukan perubatan. Kes didapati mulai mengalami kesukaran pernafasan sehari sebelum kejadian. Kes ini telah disiasat oleh pasukan forensik Hospital Sibu. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 23 Mei 2021 disahkan positif COVID-19. Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis dan darah tinggi.
III. Kes Kematian Ke-266.
Kes kematian ke-266 adalah kes ke-43,109 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 32 tahun yang dijumpai pengsan oleh ahli keluarga di rumah dan dibawa ke Hospital Miri dengan segera. Pasukan perubatan telah memberikan bantuan kecemasan tetapi kes tidak menunjukkan tanda nyawa dan disahkan meninggal dunia pada 24 Mei 2021.
Kes telah mengadu mengalami kesesakan pernafasan sebelum kejadian itu berlaku. Ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 24 Mei 2021 disahkan positif COVID-19.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit bronchial asthma.
IV. Kes Kematian Ke-267.
Kes kematian ke-267 adalah kes ke-34,134 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 72 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak pernafasan.
Kes didapati mulai mengalami gejala batuk, demam, muntah dan hilang selera makan sejak dua (2) hari yang lalu.
Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 08 Mei 2021 disahkan positif COVID-19.
Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 24 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan penyakit jantung.
V. Kes Kematian Ke-268.
Kes kematian ke-268 adalah kes ke-43,654 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang berumur 62 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak pernafasan. Kes didapati mulai mengalami gejala kesukaran pernafasan sejak sejak seminggu yang lalu.
Swab bagi saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 25 Mei 2021 disahkan positif COVID-19. Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung.
VI. Kes Kematian Ke-269.
Kes kematian ke-269 adalah kes ke-39,392 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 66 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami kesesakan pernafasan. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 18 Mei 2021 disahkan positif COVID-19. Kes telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit hati dan dyslipidemia.
VII. Kes Kematian Ke-270.
Kes kematian ke-270 adalah kes ke-42,774 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang berumur 81 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes didapati mulai mengalami kesukaran pernafasan sejak dua (2) hari yang lalu. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 22 Mei 2021 disahkan positif. Keadaan kesihatan kes kian merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2021.
Kes mempunyai ko-morbid darah tinggi, dyslipidemia, penyakit buah pinggang kronik dan penyakit paru obstruktif kronik.
VIII. Kes Kematian Ke-271.
Kes kematian ke-271 adalah kes ke-37,556 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang berumur 91 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana saringan kontak rapat dengan rapid test kit antigen COVID-19 pada 11 Mei 2021 adalah positif. Kes didapati tidak mempunyai gejala COVID-19. Swab bagi saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 12 Mei 2021 adalah positif.
Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mei 2021.
Kes tidak mempunyai ko-morbid tetapi memerlukan bantuan dalam kehidupan seharian.
IX. Kes Kematian Ke-272.
Kes kematian ke-272 adalah kes ke-38,359 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang berumur 61 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu dari sebuah klinik kesihatan kerana kes mengalami kelesuan badan.
Kes didapati mulai mengalami gejala batuk, muntah, kesesakan pernafasan dan sakit kepala sejak dua (2) hari yang lalu.
Swab bagi ujian saringan rT-PCR pada 15 Mei 2021 disahkan positif COVID-19.
Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan obesiti.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|