|
"Tahniah kepada diri sendiri! Alhamdulillah!"
Aik, lain macam je bunyi kapsyen di Instastory Riena Diana.
 Kredit foto: IG Story
Kapsyennya itu menyebabkan ramai warganet menyangka aktres berkenaan sudah berkahwin lebih-lebih lagi apabila dia turut berkongsi foto bersama seorang lelaki.
Rupa-rupanya, lelaki dalam gambar berkenaan ialah bapanya, Zulreal dan Riena nak menyampaikan bahawa dia gembira dengan kehadiran ibu baru.
 Kredit foto: IG
Berkata kepada mStar, Nur Qamarina Diana Zulreal menerima banyak DM daripada netizen yang ingat saya berkahwin.
"Bukan saya yang kahwin... sumpah bukan. Sebenarnya lelaki dalam gambar itu adalah bapa saya dan ucapan serta luahan rasa syukur itu sebab saya terima kehadiran ibu baharu. Bukannya saya yang berkahwin, tapi bapa saya," katanya.
Difahamkan, bapa dan ibu kandung Riena bercerai sejak dia berusia 14 tahun.
Dalam masa sama, Riena memaklumkan belum merancang untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Nik Afiq.
 Kredit foto: IG
Apapun, doakan yang baik-baik untuk Riena ya. - CARI
|