Edited by Vellfire at 21-5-2021 02:01 PM
COVID-19: 612 kes baharu, lapan kematian di SarawakKUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 612 kes baharu COVID-19, manakala lapan lagi kematian.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan, Daerah Sibu mencatatkan 108 kes, Bintulu (103), Miri (86), Kuching (72), Kapit (40), Sarikei (30), Kanowit (26), Mukah (25), Selangau (17), Belaga (14), Samarahan (11) dan Saratok (10).
Ia disusuli sembilan kes di Pusa, Subis (9), Sebauh (8), Sri Aman (7), Pakan (7), Tatau (6), Bukit Mabong (5), Betong (5), Serian (4), Meradong (3), Asajaya (2), Dalat (1), Lawas (1), Tebedu (1), Song (1) dan Daro (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 40,871 kes.
Dengan lapan kes kematian hari ini, jumlah keseluruhan menjadi 247 orang.
Menerusi kenyataan, JPBNS menjelaskan kes kematian ke-240 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 73 tahun, disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2021 di Hospital Kapit.
Kes seterusnya, melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 75 tahun yang dirujuk ke Hospital Kapit dari klinik kesihatan kerana mengalami sesak nafas dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei 2021.
Kes kematian ke-242 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 72 tahun disahkan meninggal dunia pada 19 Mei 2021 di Hospital Kapit.
Sementara kes kematian ke-243 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 73 tahun meninggal disahkan meninggal dunia pada 19 Mei 2021 di Hospital Kapit.
Kes Kematian ke-244 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 62 tahun disahkan meninggal dunia pada 19 Mei 2021 di Hospital Sarikei.
Kes Kematian ke-245 pula melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 85 tahun disahkan meninggal dunia pada 19 Mei 2021 di Hospital Sarikei.
Manakala kes kematian ke-246 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 80 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Kapit kerana mengalami demam semasa menjalani rawatan dialisis disahkan meninggal dunia pada 20 Mei 2021.
Kes kematian ke-247 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 73 tahun disahkan meninggal dunia pada 20 Mei 2021 di Hospital Sarikei.
Sementara itu, hari ini terdapat 480 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setaka ini adalah seramai 34,022 orang atau 83.24 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,510 orang.
Manakala, 612 orang yang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
Utusan borneo 21/05/2021
|