View: 1247|Reply: 4
|
[Sarawak]
Covid-19 20/05/2021
[Copy link]
|
|
Sarawak rekod 608 kes COVID-19, dua lagi kematian
KUCHING: Sarawak merekodkan 608 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 442 kes dikesan di Daerah Sibu, Miri, Kuching, Kapit dan Bintulu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Sibu merekodkan kes harian tertinggi 120 kes diikuti Miri (110), Kuching (86), Kapit (76), Bintulu (50), Selangau (32), Pakan (19), Bukit Mabong (15) dan Song (12),. Lain-lain kes dikesan di Samarahan (11), Lawas (10), Serian (9), Sarikei (8), Subis (7), Saratok (7), Mukah (7), Sebauh (6), Bau (5), Belaga (4), Betong (4), Julau (2), Asajaya (2), Pusa (2), Dalat (1), Kanowit (1), Simunjan (1) dan Meradong (1) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 40,259 kes. “Daripada 608 kes baharu yang dilaporkan, 431 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19, 68 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 61 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.
“Manakala 46 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dengan masing-masing satu kes melibatkan individu balik dari luar negara dan dari negeri lain dalam Malaysia,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan hari ini terdapat dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 239 orang. Kes kematian ke-238 katanya melibatkan perempuan tempatan, 84, yang telah dirujuk ke Hospital Miri bagi rawatan kecemasan kerana mengalami gejala demam, batuk, kesukaran bernafas dan kelesuan badan. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat pada 18 Mei 2021 dan dikesan positif COVID-19. Keadaan kesihatan semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei 2021, katanya menambah kes turut mempunyai komorbid penyakit darah tinggi. “Manakala kes kematian ke-239 melibatkan lelaki tempatan, 90, dari Daerah Bau yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Kes mengalami gejala batuk sebelumnya dimana saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 8 Mei 2021. “Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 19 Mei,” katanya menambah kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia. Dalam pada itu terdapat 717 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 33,542 orang. Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,387 orang. Manakala, 619 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
kredit : utusan borneo 20/05/2021
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
COVID-19: Dua kluster komuniti di Kuching dan Serian
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kedua-dua kluster ini melibatkan penularan dalam kalangan komuniti.
“Kluster Kenyalang Park dikesan melibatkan empat buah keluarga di Jalan Kenyalang Park di sini. Sejumlah 65 individu disaring di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 38 kes didapati negatif,” katanya.
Manakala Kluster Tebakang katanya dikesan melibatkan komuniti di Kampung Tebakang Melayu, Serian.
Sejumlah 78 orang individu telah disaring dimana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 54 kes telah didapati negatif semasa saringan dan 5 kes masih menunggu keputusan makmal.
Aktiviti pengesanan kontak untuk disaring masih lagi dijalankan dan kesemua 19 kes yang didapati positif COVID-19 tersebut telah dimasukkan ke PKRC Serian untuk tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
JPBNS turut memaklumkan penamatan tiga kluster iaitu Kluster Jalan Baji, Sarikei, Kluster Nanga Kelangas, Julau dan Kluster Taman Mesra Bako, Kuching.
Penamatan ketiga-tiga kluster ini dibuat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan melibatkan kluster-kluster ini dalam tempoh 28 hari yang lepas.
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 83 kluster dimana 11 kluster telah merekodkan 66 penambahan kes baharu manakala 72 kluster tidak merekodkan penambahan kes.
Dalam pada itu Daerah Simunjan telah bertukar status daripada status Hijau kepada status Kuning selepas merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning telah meningkat kepada 10 daerah dan status daerah berstatus Hijau kurang kepada empat daerah.
Manakala, Daerah Bukit Mabong pula telah bertukar status daripada Jingga ke status Merah setelah merekodkan sejumlah 54 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 25 daerah dan jumlah daerah berstatus Jingga menurun kepada satu daerah. [/img] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh kes COVID-19 Varian Afrika Selatan dikesan di Kuching
KUCHING: Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini melaporkan terdapat tujuh kes Varian Afrika Selatan (VOC), B.1.351 dikesan di daerah Kuching.
Ketua Institut Kesihatan dan Perubatan UNIMAS Prof. Dr David Parera berkata kes terawal dikendalikan IKPK diuji positif menerusi ujian RT-CPR pada 26 April 2021 dan terkini pada 6 Mei 2021.
"Kami juga mengesan kes-kes tambahan V3 P3 di Samarahan dan Sibu. Selain itu kami mengesan varian B.1.530 yang dilihat dominan di Miri juga Kuching. Data kami juga menunjukkan varian B.1.466.2 'Pasai' terus tersebar di seluruh Sarawak," katanya menerusi satu kenyataan.
Dengan penemuan baharu varian SARS-COV-2 ini tersebar di Sarawak, pihaknya menekankan perlunya orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan, terutamanya pemakaian pelitup muka, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan fizikal.
"Amat penting juga untuk kita (Sarawak) mencapai imuniti kelompok menerusi program-program vaksinasi. Sehubungan itu kami (IKPK menggesa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk divaksinasi," katanya.
Menjelas lanjut, Dr David berkata Sarawak telah mengesan varian SARS-COV-2 yang beredar di Sarawak dan sehingga ini makmal IKPK telah menyelesaikan penjujukan genom lebih daripada 600 sampel dan data urutan genom dikongsi dalam pangkalan data urutan SARS-COv-2, global GISAID.
Baru-baru ini katanya IKPK melaporkan kajian pengawasan varian yang dilakukan telah mengenal pasti varian B.1.470 dan B.1.524 sebagai varian yang tersebar dalam gelombang ketiga (Sept - Nov, 2020) dan varian B.1.470, B.1.524 dan B.1.466.2 tersebar semasa gelombang keempat (Disember 2020 dan seterusnya) di Sarawak.
"Terutamanya varian B.1.466.2 berkaitan dengan kelompok 'Pasai' di Sarawak dan varian ini berkongsi mutasi dengan varian UK B.1.1.7 pada kedudukan 681 protein SARS-COV-2 Spike yang dikaitkan dengan peningkatan jangkitan.
"Kami juga melaporkan pengesanan varian (VOI) B.1.1.28.3 atau varian P3 di daerah Kuching dan Samarahan. Varian ini pertama dikesan di Filipina Mac tahun ini dan baru-baru dikenal pasti dalam kes-kes import ke UK.
"Varian P3 dikategorikan oleh menerusi mutasi berganda; mutasi E484K dikongsi dengan varian Afrika Selatan B.1.351 dan mutasi N501Y berkongsi dengan varian B.1.1.7 UK," jelasnya.
Dr David menambah, mutasi-mutasi ini telah dikaitkan dengan pelepasan imun daripada perlindungan jangkitan vaksin dan perlindungan jangkitan semula jadi serta melibatkan penularan yang besar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SOP Hari Wesak dan Gawai dikeluar rasmi esok
KUCHING: Garis panduan (SOP) bagi Hari Wesak dan Gawai telah diluluskan dan akan dikeluarkan secara rasmi pada 21 Mei ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata SOP berkenaan akan dikeluarkan melalui laman web rasmi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
Hari Wesak akan disambut pada 26 Mei ini oleh penganut agama Buddha manakala Hari Gawai akan diraikan pada 1 Jun ini oleh masyarakat Dayak.
Dalam perkembangan lain, JPBNS mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lagi lokaliti di negeri ini.
Arahan PKPD ini melibatkan Rh Wun anak Ering dan Sekolah Kebangsaan Bakerkong di Tanjung Manis serta Rh. Gandik, Lui, Sungai Engkabang, Roban di Betong mulai 20 Mei hingga 2 Jun 2021.
Turut dikenakan PKPD Rh. Saba, Nunggang, Rh. Rinya, Jagoi Lama dan Rh. Buking, Ulu Kakup di Pakan dari 20 Mei hingga 5 Jun 2021 dan Kampung Boyan, Kuching mulai 21 Mei hingga 3 Jun 2021.
JPBNS turut memaklumkan penamatan PKPD bagi Rh. Austine Kilat, Nanga Ngungun, Kanowit, Rh. Banyoi Ladi, Nanga Sengayan, Kanowit, Rh. Dick, Batu 8, Jalan Oya, Sibu, Rh. Luyoh Nanga Lango, Julau dan Rh. Unjan, Nanga Lango, Julau.
Turut ditamatkan PKPD bagi Kuarters Pekerja Palm Head Holding, Ladang Sebubu, Bintulu, Rh. Peter anak Suring, Sg Silas, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu Rh. Chan anak Minggat, Sg Kesa dan Rh. Rampai, Sg Anyit, Selangan di Sarikei.
PKPD bagi Rh. Midan, Berasok dan Rh Payau, Emperan Datuk, Sg Pinang di Pakan juga ditamatkan serta di Kampung Bungey, Debak, Betong. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kes baharu lebih 6,000 amat membimbangkan
SIBU: Sebanyak 6,075 kes baharu positif COVID-19 yang dicatatkan di seluruh negara kelmarin merupakan satu angka yang sangat membimbangkan.
Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, angka tersebut adalah tertinggi dicatatkan sejak wabak tersebut berlaku di negara ini.
“Walaupun angka ini ba-nyak dari negeri Selangor dan negeri-negeri lain, Sarawak hari ini mencatatkan 323 kes.
“Kita jangan leka kerana angka ini sudah berada di negara kita, bermaksud kalau kita tidak menjaga sempadan kita, atau tidak menjaga prosedur operasi standard (SOP) di Sarawak, mungkin kita akan kena tempias de-ngan angka yang begitu besar ini,” jelasnya ketika bersiaran langsung menerusi Facebook malam kelmarin.
Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan berkata, pihaknya cuba hendak mengelakkan angka di Sarawak daripada terus meningkat.
“Kita tidak mahu menjadi sebuah negeri tertinggi yang akan memberikan sumba-ngan besar terhadap angka di seluruh negara.
“Hari ini seluruh rakyat di Malaysia termasuk di Sarawak khususnya di bandar Sibu amat terkejut dengan angka 6,075 ini.
“Bukan sahaja terkejut, tetapi dalam keadaan kerisauan, (Selasa) 4,000 lebih dan hari ini (Rabu) 6,000 lebih, kes positif dicatatkan di seluruh negara” ujarnya.
Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Tek-nologi itu kemudian mengajak semua pihak bersama-sama berusaha mengelak meningkatnya angka ini.
“Sebab itu, saya fokus kepada Sarawak dan Sibu, tetapi malam ini saya terpaksa fokus kepada angka ini kerana ia satu angka yang sangat kritikal.
“Kita tidak mahu angka ini terus meningkat dan merebak ke negeri-negeri lain.
“Saya ingin mengingatkan bahawa kita semua ada pera-nan besar dalam isu COVID-19 ini,” tegasnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|