Seorang wanita berdepan tuduhan membunuh suaminya apabila melemaskan mangsa dengan cara duduk di atas muka lelaki itu dengan keadaan fizikalnya seberat 101 kilogram, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Tatyana O, 45, didakwa enggan bangun daripada muka suaminya, Aidar sehingga lelaki itu meminta maaf dalam satu pergaduhan.
Kredit foto: New York Post
Ketika kejadian, anak pasangan tiu yang menyaksikan wajah bapanya tersembam di atas katil berlari mendapatkan bantuan daripada jiran sebelum seorang wanita tiba dan menyangka itu hanyalah pertengkaran biasa antara suami isteri.
Bagaimanapun, Aidar secara tiba-tiba pengsan menyebabkan Tatyana menjerit sehingga memaksa jiran mereka kembali untuk melihat apa yang berlaku sebelum bertindak menghubungi ambulans.
Aidar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian. Hasil ujian perubatan kemudiannya mendapati lelaki itu mati akibat asfiksia, kesan daripada sistem pernafasannya yang tersekat memandangkan wajahnya disembamkan ke atas tilam.
Pada masa yang sama, Tatyana duduk di atas lehernya dan menggunakan kedua-dua kakinya agar Aidar tidak dapat bergerak.
“Wanita itu ‘mencekik’ suaminya sehingga mati dengan menggunakan punggungnya akibat meminum terlalu banyak alkohol,” lapor agensi berita Rusia, Life.
Ketika perbicaraan pertama, Tatyana hanya disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.
Sumber: Kosmo |