CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3132|Reply: 30

Guna Nama Melayu, 'Kak Siti Ayam Penyet' Terima Notis Henti Niaga

[Copy link]
Post time 20-5-2021 03:05 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Peniaga bukan Muslim yang menjalankan perniagaan makanan 'Kak Siti Ayam Penyet' yang tular baru-baru ini kerana dipercayai mengaburi pelanggan beragama Islam dengan menggunakan nama Melayu telah diberi notis amaran kerana beroperasi tanpa lesen sah.


Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peniaga itu, yang menjual makanan secara dalam talian, telah menerima notis yang dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010.


Menurut MBJB, hasil siasatan bagaimanapun mendapati peniaga itu sudah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menggunakan jenama sama.




Foto: mbjb




Pihak berkuasa tempatan itu menyatakan notis tersebut dikeluarkan semalam selepas melakukan pemeriksaan di rumah peniaga terbabit di Johor Jaya dekat sini yang dipercayai dijadikan lokasi perniagaan.


"Kita telah mengarahkan perniagaannya ditutup serta-merta dan mengemas barang-barang perniagaan berkaitan termasuk menurunkan iklan-iklan perniagaan yang dipamerkan.


"Setakat pemantauan hingga hari ini, perniagaan tersebut tidak lagi beroperasi dan patuh kepada arahan diberikan namun sekiranya ia beroperasi semula, tindakan sitaan barangan akan dibuat serta-merta," menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu menyebut aduan dan laporan siasatan kes juga telah dipanjangkan kepada agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan susulan.


MBJB turut mengingatkan orang ramai supaya memohon lesen perniagaan yang sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan makanan.


"Ini kerana terdapat beberapa syarat utama lesen perniagaan yang perlu dipatuhi para peniaga makanan antaranya berkaitan pengambilan suntikan tifoid bagi pencegahan penularan jangkitan tifoid atau demam kepialu yang boleh tersebar menerusi penyediaan makanan selain pematuhan aspek kebersihan lain dan tatatacara pengendalian makanan yang baik bagi membendung penyakit berjangkit," menurut kenyataan itu.


Pengguna, khususnya yang beragama Islam, turut dinasihat agar lebih teliti memilih perniagaan yang mempunyai sijil penarafan kebersihan MBJB dan sijil halal daripada pihak berwajib.


Semalam, tular mengenai kegiatan peniaga bukan Muslim yang menjual pelbagai makanan menggunakan nama 'Kak Siti Ayam Penyet' di sebuah rumah di Johor Jaya melalui aplikasi pemesanan secara dalam talian sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pembeli beragama Islam. -CARI


Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
So isu dia apa sbnrnya? Halal ke nama melayu tp peniaga cina?? Confuse tol
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:14 PM | Show all posts
Normabaru replied at 20-5-2021 03:10 PM
So isu dia apa sbnrnya? Halal ke nama melayu tp peniaga cina?? Confuse tol

yang iols paham, pemilik perniagaan bukan Islam
tapi menjalankan pernigaan guna nama Melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok laa..kalau nak jgk meniaga,guna laa nama lain,jgn menunggang nama islamik semata2 nak tarik org islam mmbeli...lps tu ltk halal plak..alahaiii..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh kot dia guna nama tu...tapi kena memohon sijil halal
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama mcm Bihun cap Masjid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia masak pakai baju macam tu ke? Ewwwwww{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenabertaubat: Dia masak pakai baju macam tu ke? Ewwwwww{:cryrun

Tau takpe.... masak sambal ayam penyet tu ya ampun kembang tekak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Peniaga nie cina bukak kedai nama melayu tapi Tak pasti dia ada claim halal ke tidak.
2.dia ada SSM yg nama kak siti ayam penyet dimana SSM pun benarkan dia register nama tu walau pemilik cina.so boleh niaga kan.
3. Dia tiada lesen PBT utk membolehkan dia beroperasi disitu ie rumah atau kawasan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:26 PM | Show all posts
Normabaru replied at 20-5-2021 03:10 PM
So isu dia apa sbnrnya? Halal ke nama melayu tp peniaga cina?? Confuse tol

Halal pun ye, pengusaha cina pakai nama melayu pun ye juge agaknya.  Seharusnya, pengusaha cina tak boleh dibenarkan guna nama melayu untuk produk yg mereka hasilkan dlm pasaran. Kementerian Perdagangan sepatutnya peka dgn soal begini. Jika selama ini sudah terlepas pandang, maka harus diperbetulkan. Kenapa pengusaha non-malay berminat sangat berselindung di sebalik nama melayu. Tentu ada sebabnya.  Satu lagi mi kuning, yg aku selalu beli kat pasar tu pun tak tau pengusahanya samada melayu, cina atau india. Nasib baik ada logo halal. Tapi kalau nak semarakkan BMF, itulah salah satu caranya.

Dlm gambar trs, nampak nyonya penyedia makan pakai singlet tak berlengan.  Silap2 rambut ketiaknya gugur pulak dlm makanan. Eee.........
Perlu ada aturan supaya setiap penyedia makanan wajib pakai kerchief/topi dn baju berlengan. Penjual roti canai/kueh pun wajib ada penyepit.  Di tempat aku kat pasar, berkali2 dah aku tegur depa/tegur tokeynya juga supaya sediakan penyepit kueh bagi jualannya.  Pun tak dipedulinya. Pelayannya yg ambik kueh/roti canai  si minah Indon n bangla. Penampilan dah lah selekeh. Kekadang aku sendiri yg capai roti canai untuk dibungkus.

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:30 PM | Show all posts
masak dgn rambut barai bulu ketiak melambai2 dibawa angin bayu? tangan pun tak sure dah basuh lepas calit2 kat toilet kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 20-5-2021 04:26 PM
Halal pun ye, pengusaha cina pakai nama melayu pun ye juge agaknya.  Seharusnya, pengusaha cina ta ...

Isu nama melayu bkn basis..even airasia letak nasi lemak pak nasir.. Ape isu nya??

Skrg ni xsebut psl halal.. Tp xbenarkn berniaga.. Ssm nyonya ni dh daftar.. So so so???
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 20-5-2021 04:31 PM
Isu nama melayu bkn basis..even airasia letak nasi lemak pak nasir.. Ape isu nya??

Skrg ni xse ...

Apply je lqh lesen niaga dgn mbjb...itu kan isunya ug mrnyebabkan diserbu mbjb
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 20-5-2021 04:56 PM
Apply je lqh lesen niaga dgn mbjb...itu kan isunya ug mrnyebabkan diserbu mbjb

Tajuk dgn content news xkena. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Dia meniaga thru food panda guna nama kak siti untuk tarik customer
2. Rider food panda yg buat aduan, sbb dia dah byk kali amek mknn order dari customer islam kt kedai ni, kemungkinan besar customer xtau ini ialah kedai non muslim.
3. Kedai dia kena angkut sbb dia xdak lesen

Nama kedai tu mengelirukan customer islam. Motif nama guna Kak Siti? Mungkin nyonya tu peminat tokti kali.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:28 PM | Show all posts
Normabaru replied at 20-5-2021 04:31 PM
Isu nama melayu bkn basis..even airasia letak nasi lemak pak nasir.. Ape isu nya??

Skrg ni xse ...

Usahaniaganya dah daftar dgn Ssm. Dah lulus? Yet tak ade lesen. Mcmane tu.... Dlm soal penggunaan nama, Kalau aku jadi penguatkuasanya, aku tak benarkan nama melayu dipergunakan. In the first place, kenapa nak gunakan nama melayu, kenapa tak nak gunakan nama identiti bangsa sendiri. Apa agendanya? Apakah hal spt ini, mempergunakan nama melayu bagi pengusaha non-malay perlu ditak-apekan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Choyyyy..berlambak je produk mkanan cina xde sijjl halal guna nama melayu kat pasaran. Xde plak nak dikisahkan. Ambik tindakan diorg ni sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati dialah nak bubuh nama apa. Mary Brown tu acik ingat omputih sangat ka?

Tak kan nak panggil sambal belacan kentucky.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:54 PM | Show all posts
nama betul dia 'See Ting Tong' rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:56 PM | Show all posts
nolya replied at 20-5-2021 05:28 PM
Usahaniaganya dah daftar dgn Ssm. Dah lulus? Yet tak ade lesen. Mcmane tu.... Dlm soal penggunaan  ...

sebetulnya begitu... kena selidik nama2 nya...


kerani yg bg cop lulus tu tk blh la asal cop je...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.149905 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list