CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 859|Reply: 0

Capaian Pornografi Kanak-Kanak Meningkat Sepanjang PKP

[Copy link]
Post time 20-5-2021 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Perlakuan jenayah membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, antaranya capaian terhadap pornografi membabitkan golongan itu dilaporkan meningkat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang akan bersara esok berkata, sejumlah 45 kes dilaporkan semasa PKP (18 Mac 2020 hingga 29 April 2021) menyaksikan peningkatan sebanyak 27 kes berbanding 18 sebelum pelaksanaan PKP (18 Februari 2019 hingga 17 Mac 2020).


Beliau berkata, ia juga membabitkan amang seksual bukan fizikal iaitu menggunakan perkataan atau menunjukkan perlakuan seksual lucah sama ada dalam bentuk audio dan visual kepada kanak-kanak, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 24 kes berbanding 53 sebelum PKP.


"enggunaan media sosial yang meluas dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada kes-kes ini memandangkan mereka sering meluangkan masa bermain gajet atau teknologi lain kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat diberhentikan selain dikenakan tindakan PKP di kawasan masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama.


Berdasarkan trend itu, Huzir tidak menolak kemungkinan jenayah terhadap wanita, kanak-kanak dan jenayah seksual di negara ini boleh meningkat jika tidak dikawal sebaiknya semasa pandemik Covid-19 ini.


Bagaimanapun, beliau berkata, ketika ini trend jenayah itu bagi tempoh sebelum pelaksanaan PKP iaitu 18 Februari 2019 hingga 17 Mac 2020 dan ketika PKP iaitu 18 Mac 2020 hingga 29 April 2021 menunjukkan penurunan sebanyak lima peratus atau 693 kes.


Katanya, sejumlah 12,330 kes jenayah terhadap wanita, kanak-kanak dan jenayah seksual dilaporkan dalam tempoh pelaksanaan PKP berbanding 13,023 kes sebelum pelaksanaan PKP.


Selain itu, Huzir berkata, statistik kes keganasan rumah tangga menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan peratus atau 606 kes berbanding sebelum PKP iaitu 6,003 kes.


"unca utama yang menyumbang kepada peningkatan kes keganasan rumah tangga ialah pergaduhan (suami isteri) akibat masalah kewangan, masalah penyalahgunaan dadah dan tekanan perasan (dipercayai kerana hilang sumber pendapatan)," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.063554 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list