View: 1204|Reply: 6
|
Satu-Satunya Makmal Ujian Covid-19 Di Gaza Musnah Dibedil Israel
[Copy link]
|
|
Sejak Covid-19 pertama kali dikesan di Gaza, kekurangan bekalan perubatan membolehkan pihak berkuasa kesihatan melakukan ujian saringan hanya dalam kuantiti yang sangat kecil.
Kini, satu-satunya makmal di Gaza yang memproses ujian bagi virus tersebut pula tidak dapat beroperasi buat sementara waktu setelah menjadi sasaran serangan udara Israel pada Isnin.
Serangan tersebut yang menyasarkan bangunan berasingan di Gaza, merosakkan makmal dan pejabat pentadbiran Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas, kata Dr Majdi Dhair, pengarah di sebuah jabatan di kementerian itu.
Sejak mula melancarkan serangan di Gaza pada 10 Mei, Israel berkata serangan udaranya hanya menyasarkan pejuang dan infrastruktur di kota tersebut.
Foto: nytimes
Dalam pada itu Dr Dhair berkata dia percaya peralatan di dalam makmal tidak terjejas namun menegaskan bahawa sekurang-kurangnya ia memerlukan masa selama sehari untuk membersihkan kerosakan sebelum ia kembali beroperasi untuk memproses ujian Covid-19.
Katanya, pasukan perubatan akan berhenti menjalankan ujian saringan buat seketika.
Pengarah jabatan kawalan jangkitan, Rami Abadla berkata, makmal juga tidak dapat memproses keputusan untuk ujian lain yang berkaitan dengan HIV, Hepatitis C dan lain-lain buat sementara waktu. -CARI
Sumber: mStar Online/ Nytimes.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menteri palestin pun ambil vaksin. Takde pun mereka buat teori konspirasi vaksin ni zionis
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yeah right, sasar infrastruktur penting kat Gaza.. pooddaahhh la zionis
Sejak mula melancarkan serangan di Gaza pada 10 Mei, Israel berkata serangan udaranya hanya menyasarkan pejuang dan infrastruktur di kota tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh amat ya serang fasiliti asas. |
|
|
|
|
|
|
|
Laknat Allah Ke atas Yahudi Israel dan sekutunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak terkata dan pastinya lambat lagi nak sudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|