CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2757|Reply: 2

[Lain-Lain] 4 Pelakon Terkenal Ini Paling Kerap Temui Ajal Dalam Filem

[Copy link]
Post time 17-5-2021 05:44 PM | Show all posts |Read mode
4 Pelakon Terkenal Ini Paling Kerap Temui Ajal Dalam Filem



Walaupun mereka adalah nama besar dalam industri hiburan, ada juga pelakon yang kurang bernasib baik kerana watak yang dimainkan gagal bertahan sehingga ke hujung filem.


Kami kongsikan empat orang pelakon yang paling kerap terkorban dalam filem mereka menerusi artikel ini.

1. Charlize Theron




Sepanjang kerjaya Charlize sebagai seorang pelakon, aktres Snow White and the Huntsman ini sebenarnya telah memainkan watak yang akhirnya terkorban sebanyak 17 kali.

Menerusi filem Prometheus, watak beliau iaitu Meredith Vickers meninggal dunia kerana dihempap kapal angkasa. Dalam filem Monster pula, Aileen Wuornos yang dimainkan oleh Charlize menghembuskan nafas terakhir kerana suntikan beracun.

2. Samuel L. Jackson



Sepanjang bergelar seorang pelakon, watak yang dimainkan oleh Samuel telah menghembuskan nafas terakhir sebanyak 32 kali. Dalam filem Star Wars,

Mace Windu meninggal dunia selepas dicampak keluar dari tempat tinggi oleh Darth Sidious/ Maharaja Palpatine akibat pengkhianatan yang dilakukan Anakin Skywalker.

3. Lance Henriksen



Tidak kiralah sama ada dalam drama, filem atau permainan video, watak yang dimainkan oleh Lance telah meninggal dunia sebanyak 51 kali. Beliau juga merupakan satu-satunya pelakon yang mempunyai rekod unik dalam industri Hollywood. Lance telah tewas di tangan Terminator, makhluk asing dan pemangsa (predator).

Dalam filem Terminator, Arnold Schwarzenegger telah menembak watak Lance iaitu Detective Vukovich menyebabkan lelaki tersebut menemui ajal.



Untuk filem Alien 3 pula, Bishop meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan. Pada filem Alien vs Predator, Charles Bishop Weyland meninggal dunia selepas beliau telah ditikam oleh Predator.

4. Danny Trejo


Terlibat dalam lebih 400 buah produksi, watak yang dimainkan Danny telah meninggal dunia sebanyak 65 kali. Antara lakonan beliau yang meninggalkan impak kepada para penonton ialah badan Razor Charlie cair sehingga hanya tinggal mata dalam filem From Dusk till Dawn.

Untuk filem Con Air, tangan Johnny “Johnny 23” Baca digari pada pesawat sehingga ia tertanggal daripada badan manakala Trejo meninggal dunia dalam Heat kerana dia meminta Neil (Robert De Niro) untuk mengambil nyawanya kerana kecederaan teruk yang dialaminya.


Sumber:
Iluminasi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik fakta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat interesting! Terima kasih untuk info sebegini yang tak pernah terfikir pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051759 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list