CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2412|Reply: 16

Jaafar Onn penat untuk fikir soal kahwin dah

[Copy link]
Post time 17-5-2021 10:28 AM | Show all posts |Read mode
'Tak tahu mereka nak saya atau harta saya'



Kuala Lumpur: Pelakon Jaafar Onn, 70, yang kini popular menerusi watak Tyson 2 juga syaitan dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang mengakui tidak terlepas menerima pelawaan kahwin daripada beberapa wanita.

Jaafar berkata, mereka daripada anak dara serta golongan janda.

"Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang.

"Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak.

"Mereka bukan nak tengok saya mengajar, tapi sebaliknya ajak saya kahwin. Saya tanya kenapa nak kahwin dengan saya?," katanya.

Bapa kepada seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pada 1983 dan bercerai empat tahun selepas itu berkata, dia berasakan diri sudah tua dan tidak pasti samada wanita ini mahu menumpang kesenangannya.

"Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu samada saya kaya atau tak.

"Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaafar yang juga chef masakan mahu menghasilkan buku biografi kehidupannya.

"Kisahnya mengenai suka duka saya untuk tatapan generasi akan datang. Cuma masalahnya saya tak tahu berapa caj yang nak dikenakan.

"Saya cakap terus terang saya tak mahir berkenaan kos percetakan dan lain-lain. Takut nanti buku dah keluar cerita belakang tak habis-habis lagi.

"Jadi saya tak nak bebankan orang. Siapa yang nak bekerjasama sangat dialu-alukan. Kita duduk bercerita atau bahagikan hasil sama rata pun tak kisah," katanya yang akan terbabit dalam telefilem Ahmad Albab Ding Ding untuk Astro First selepas ini.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, kehidupan Jaafar tidak terkesan kerana dia berniaga kek.

"Sehari saya siapkan 20 biji kek Arab yang ditempah pelanggan. Saya jual secara dalam talian dan kemudian pos.

"Cuma tahun ini sahaja saya tak sempat buat. Kalau upah orang lain buatkan rasanya tak sama pula. Selain itu, saya buat pek makan tengahari untuk sekolah serta hantar kepada petugas barisan hadapan.

"Sehari saya siapkan 10 ke 12 pek. Saya buat nasi beriyani setiap Jumaat sahaja dan diberikan secara percuma. Dah tua-tua begini saya nak juga buat saham akhirat," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 10:38 AM | Show all posts
Teringin nak makan masakan daripada Jaafar Onn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2021 10:39 AM | Show all posts
Supersirap replied at 17-5-2021 10:38 AM
Teringin nak makan masakan daripada Jaafar Onn

dia ada jual nasi arab n kek tapi harga keras skit....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha comelll..betul ke ramai org nak kawin ngan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 17-5-2021 10:39 AM
dia ada jual nasi arab n kek tapi harga keras skit....

Sedap ke nasi arab dia?
Jaafar on ni mmg ada kelulusan bidang masakan ke?

Sbb zaman skrg ni sapa2 pun blh jd apa yg dia nak jd.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:08 AM | Show all posts
Rugi la Jaafar..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
3000 tuuu 2999 bibik indon..yg 1 tu Mak Mah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar panjang dah anak dia kalau lahir 83/84 macam tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo penah kawin rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:18 PM | Show all posts
dia laki idaman tau untuk acik2....
sedap2 peluk macam teddy bear gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mak aku ckp pernah jd Guru Besar sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:29 PM | Show all posts
pandai memasak ,pandai menjahit ,pandai berdrama ......


siapa nak??????????
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:32 PM | Show all posts
soo heols bottom ke top atau verse?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah kawin la. Fokus life sendiri aje
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu jaafar cilipadi
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat dia pernah cari jodoh kt fb dulu. masa tu aku dgn kawan aku rajin pulak hari2 tgk page tu sbb takut ada org guna muka kitorg untuk cari jodoh. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2021 01:10 AM | Show all posts

aaaagitewwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051151 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list