View: 2306|Reply: 12
|
[Sarawak]
Semua taska, tadika dibenarkan beroperasi mulai 17 Mei
[Copy link]
|
|
KUCHING: Semua taska dan tadika di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai 17 Mei 2021 dengan memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sebelum, semasa dan selepas anak-anak hadir ke taska dan tadika.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
"Setakat 11 Mei, pihak Kementerian telah menerima 102 permohonan daripada tadika swasta untuk beroperasi melibatkan 286 orang anak-anak yang ibu bapanya merupakan petugas barisan hadapan dan 1,022 orang lagi merupakan anak-anak yang ibu bapanya berkhidmat dalam sektor perkhidmatan perlu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kebenaran untuk beroperasi tersebut juga melibatkan 96 buah Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) SEDIDIK dengan 251 orang anak-anak yang ibu bapanya merupakan petugas barisan hadapan dengan 701 orang lagi anak-anak yang ibu bapanya bekerja dalam sektor perkhidmatan perlu.
Sebanyak 1,087 buah IPAKK KEMAS dengan 1,474 orang anak-anak petugas barisan hadapan dan 2,228 orang anak-anak pekerja sektor perkhidmatan perlu.
Sementara, IPAKK PERPADUAN sebanyak 176 buah, dengan 155 orang anak-anak petugas barisan hadapan dan 1,141 orang anak-anak pekerja sektor perkhidmatan perlu.
"Dalam tempoh sukar mendepani cabaran Pandemik COVID-19, keputusan ini akan memberi nafas lega kepada ibu bapa yang perlu bekerja selain memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mengikuti sesi pembelajaran di taska dan tadika.
Setakat ini terdapat 234 buah taska dan 2,795 buah tadika yang telah berdaftar di Sarawak.
Fatimah bagaimanapun menegaskan bahawa bagi tujuan rekod dan pemantauan, semua pengusaha IPAKK perlu memaklumkan kepada pihak Kementerian melalui Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak tentang pengoperasian IPAKK masing-masing melalui pautan berikut http://bit.ly/maklumatipakk
Malahan sebelum ini ujar beliau, Perdana Menteri juga turut mengumumkan bahawa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 12 Mei 2021 sehingga 6 Jun 2021, Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.
Henrietta Liza
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kan ....
geram jer bila baca
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 16-5-2021 02:04 PM
kan ....
geram jer bila baca
Org dewasa pon ada yg sampai di komakan .. apa lagi weii
Diorg ni tamak duit and perjudikan nyawa anak org |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masalah nya ...
mak pak yang dua2 kerja yang beria sangat juga ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 16-5-2021 05:56 PM
masalah nya ...
mak pak yang dua2 kerja yang beria sangat juga ...
Sbb takde org jaga kan...
Ntah la ... Serabut tgk org malaysia skrg ..
Semua bende dah serba tak kena ..
Kita yg xde kena mengena rasa stress dgn issue depa hari2 |
|
|
|
|
|
|
|
FC ada buat Group Crafts kat Wasap ...
baca baca la juga ... mak mak yang tak sabar nak hantar anak anak ke sekolah ...
kata nya ...
kata nya lah ... anak-anak yang tak sabar nak jumpa kengkawan ...
masa tu baca jer sambil dalam hati kata ... kalo dah anak anak tu happy jumpa kawan ... rasa nya bebudak ni tau ke nak jaga jarak bagai tu semua?
baca lagi ...
rupa-rupa dah tak tahan nak "jaga bebudak" tu ...
skit2 nak makan ... skit2 gaduh ...
letih ...
sedangkan ... rata rata dalam Group tu ... mak mak yang tak kerja tu...
apalagi bila dedua kerja lah kan ... banyak lagi rungutan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita yg xde kena mengena rasa stress dgn issue depa hari2 tu la pasal ...
bila FC bersuara kata ... baik jangan bagi sekolah dulu... kalo FC memang tak bagi lah ... nyawa lebih penting ...
kata nya ... lom kawin ... lom ada anak boleh la kata gtu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 16-5-2021 06:10 PM
tu la pasal ...
bila FC bersuara kata ... baik jangan bagi sekolah dulu... kalo FC memang tak ba ...
Itu je la alasan deme bila org bujang tego ... Sediihnya klu mak ayah sendiri x prihatin |
|
|
|
|
|
|
|
atas sebab takder orang jaga tu yang boleh bukak
|
|
|
|
|
|
|
|
macam lah kita tak pernah jaga adik2 atau pun anak buah ...
bila d bgtau ... anak nakal kat sekolah ... kemain cikgu tu d hambur balik... tu tugas cikgu la apa semua
haaa ... bila 24jam jaga sendiri ... padan muka baru tau susah nya cikgu jadi pengasuh pree anak2 dier rang
|
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah ...
masalah nya ... budak2 ... reti ke nak betul2 jaga SOP? jumpa kawan2
FC setuju jika yang dah bosar skit tu ke sekolah ... tingkatan 1 - 5
ni Taska ... Tadika...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 19-5-2021 12:28 AM
macam lah kita tak pernah jaga adik2 atau pun anak buah ...
bila d bgtau ... anak nakal kat seko ...
Sejak pandemic ni mmg kuar true colour masing2 .. tak tahu bersyukur pon iyer |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|