View: 1637|Reply: 4
|
[Sarawak]
DUN hanya dibubar pada satu tarikh sesuai
[Copy link]
|
|
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang sepatutnya berakhir pda 6 Jun 2021 hanya akan dibubarkan pada satu tarikh yang sesuai.
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata tarikh berkenaan adalah yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri.
“Ketua Menteri telah mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) memaklumkan di bawah Perlembagaan Sarawak tempoh DUN tamat pda 6 Jun 2021.
“Ia adalah lima tahun daripada 7 Jun 2016 tarikh mesyuarat pertama DUN selepas PRN 2016.
“Oleh sebab Darurat Kesihatan pandemik COVID-19 diisytiharkan sehingga 1 Ogos 2021, pembubaran DUN akan ditetapkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) di sini, hari ini.
Nanta yang juga Setiausaha Agung PBB berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga pengerusi GPS akan mengadap Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara berkenaan.
“Kita yakin di atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri dalam perkara ini.
“Semasa Darurat Kesihatan pandemik COVID-19 ini kehidupan rakyat diutamakan,” katanya.
Menurut Nanta tempoh DUN Sarawak berakhir pada 6 Jun 2021.
Katanya dalam norma biasa, sepatutnya ia dibubar untuk mengembalikan mandat serta hak demokrasi rakuat memilih kerajaan melalui pilihan raya.
“Namun negara kita masih di bawah Darurat Kesihatan pandemik COVID-19 sehingga 1 Ogos 2021,” katanya.
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Kapit itu berkata, bagi GPS untuk mengadakan pilihan raya semasa COVID-19 serius adalah bukan pilihan pertama.
Katanya kerajaan GPS tidak akan memperjudikan nyawa dan kepentingan rakyat untuk mengadakan pilihan raya ketika wabak melanda.
“Nyawa dan kesihatan rakyat adalah lebih penting,” tegasnya.
Jessica Jawing
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kitak ngundi sene kelak deng? |
|
|
|
|
|
|
|
mek sik pernah ngundi
mun Tok Nan gik idup ... kompom mek ngundi ...
kamek patut ngundi d Kuching ... dirik deng...?
|
|
|
|
|
|
|
|
aih rugi sik mengundi.. kmk mengundi di Bintuluriya area bandar.. tok rasa nak tukar ke Kidurong Btu
kinek ada sik bukak untuk mendaftar nak ngundi?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dirik bukan urang Miri kah?
Bintulu ada abang mek kerja sia ...
haha kmk paling malas maok beratur ngundi...
lom gik ada berita daftar ngundi ... coz darurat sampei bulan 8 tuk ... kali lepas Gawai kali
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|