CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1511|Reply: 4

[Sarawak] PKPB di Sarawak dilanjutkan sehingga 7 Jun

[Copy link]
Post time 15-5-2021 06:46 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan untuk tempoh tiga minggu lagi mulai 18 Mei hingga 7 Jun 2021.

Pelanjutan tempoh PKPB ini dipersetujui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) setelah menilai situasi kes positif COVID-19 yang masih tinggi di negeri ini.

“Maklumat tambahan lengkap berhubung garis panduan (SOP) lanjutan PKPB akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya menerusi kenyataan.

Sarawak hari ini menurut JPBNS merekodkan 324 kes baharu COVID-19 dengan sejumlah 237 kes dikesan di Daerah Miri, Bintulu dan Kapit.

Daerah Miri katanya merekodkan kes harian tertinggi iaitu 146 kes, Bintulu (36), Sibu (33), Kapit (22), Selangau (16), Pusa (13), Kuching (13), Saratok (10), Mukah (10), Beluru (5), Belaga (3) dan Subis (3).

Manakala lain-lain kes dikesan di Sri Aman (2), Matu (2), Pakan (2), Sebauh (2), Sarikei (2), Bukit Mabong (1), Betong (1), Meradong (1) dan Song (1) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,978 kes.

JPBNS turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas enam lagi lokaliti melibatkan dua buah kampung dan empat rumah panjang.

Arahan PKPD ini katanya melibatkan Kampung Jabai dan Kampung Hulu Sebauh di Bintulu mulai 14 hingga 27 Mei 2021.

Turut dikenakan PKPD Rh. Ayup, Nangga Lassi Mit dan Rh. Nyandang Lasi di Julau, Rh. Berayun, Sg Nansang Tugong dan Rh. Douglas Jenuang di Pakan  dari 15 hingga 31 Mei 2021.

Manakala PKPD dilanjutkan bagi Rh. Jali dan Rh. Lanyau, Jalan Bukit Dinding-Bergerik, Mukah (16 hingga 23 Mei 2021), Rh. Gana, Kemantan dan Rh. Lat, Sungai Anggie Atas Bayong di Sarikei (18 hingga 23 Mei 2021).

Sementara itu PKPD ditamatkan bagi Bilik Sewa Atas Guardian Medan Sentral, Bintulu, Rh. Lampoh Dana, Sg Mas, KM25 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu, Rh. Sam Sumbang, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu dan Rh. Elbert Mejang, Sg Stam Rasan, Tubau, Sebauh.

Turut ditamatkan PKPD melibatkan Rh. Mabong anak Juwat, Sg Stam Rasan, Tubau, Sebauh, Rh. Nelson Gima, Kuala Setiam, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Tatau, Rh. Nyalu Tabor, Sungai sedarah, Tatau dan Rh. Saran Belang, Nanga Tau, Tatau.

PKPD di Rh. Jungan Mitoh, Sg Mas KM25 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu, Jalan Bukut Balingian Mukah, Rh. Belayong, Rh. Muda, Rh. Tepi, Rh. Minggu dan Rh. Undum juga ditamatkan.


Agnes Tugong

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 11:14 AM | Show all posts
tinggi kes kat miri.. Miri sik mok polah mcm negara Bintulu dan Kapit kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2021 08:38 AM | Show all posts
Vellfire replied at 17-5-2021 11:14 AM
tinggi kes kat miri.. Miri sik mok polah mcm negara Bintulu dan Kapit kah?
Miri ngan Kapit tinggi ari marek


Kapit dah jadi Negara ... kitak urang sia bila gik...?

Jadi Negara pun kes nait juak

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 09:32 AM | Show all posts
kan dah kena sindir hari ya
bebait deng.. sik tauk knk kes makin nait
walau dah ikut sop..

harap janganlah ada sidak2 nak polah
besdaykah majlis tunang kawen invite orang ramei2
yalah selalunya punca kes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2021 12:24 AM | Show all posts
Vellfire replied at 18-5-2021 09:32 AM
kan dah kena sindir hari ya
bebait deng.. sik tauk knk kes makin nait
walau dah ikut sop..
mun d Kapit tuk... bila kes nait ... mesti kes rumah panjang ... dah cdak nya serumah ...

kesian juak nangga cdak nya ... mala jak kena lock down ...


2 perumahan dekat2 kmk ctuk dah kena lock down juak...
arap2 la kmk urang sik ampit

ketegal kes kluster miak sekolah ariya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.146996 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list