CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1332|Reply: 4

[Sarawak] Covid19 15/05/2021

[Copy link]
Post time 15-5-2021 06:21 PM | Show all posts |Read mode


Sarawak mencatatkan 324 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 237 atau 73.15 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Bintulu, Sibu dan Kapit.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Miri (146),

Bintulu (36),

Sibu (33),

Kapit (22),

Selangau (16),

Pusa (13),

Kuching (13),

Saratok (10),

Mukah (10),

Beluru (5),

Belaga (3),

Subis (3),

Sri Aman (2),

Matu (2),

Pakan (2),

Sebauh (2),

Sarikei (2),

Bukit Mabong (1),

Betong (1),

Meradong (1)

Song (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,978 kes.

Daripada 324 kes baharu yang dilaporkan, seramai 41 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 272 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada;
• 241 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak
kepada kes positif COVID-19 (empat (4) kes bergejala).
• 31 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
• 28 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (enam (6) kes bergejala).
• 21 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiada kes bergejala).
• 2 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (kes tidak bergejala).
• 1 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A) iaitu dari negara Papua New Guinea




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2021 06:26 PM | Show all posts
Hari ini terdapat empat(4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 219 orang.

I. Kes Kematian Ke-216.
Kes kematian ke-216 adalah kes ke-26,785 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 79 tahun yang telah dimasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bintulu apabila saringan bagi kontak rapat COVID-19 pada 21 April 2021 dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Kes dirujuk terus ke Hospital Bintulu apabila kes didapati hilang selera makan dan dalam keadaan kelesuan.
Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 06 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbit penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik. Kes juga memerlukan bantuan orang dalam kehidupan asas harian (ADL dependent)

II. Kes Kematian Ke-217.
Kes kematian ke-217 adalah kes ke-33,872 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 87 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Sarikei apabila saringan kontak rapat kes positif COVID-19 pada 04 Mei 2021 dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.
Kes tidak mempunyai simptoms dan gejala COVID-19 sebelum dimasukan ke hospital.

Namun kes mulai mengalami kesesakan pernafasan kemudian dan kesihatan kes semakin merosot.

Kes disahkan meninggal dunia pada 14 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

III. Kes Kematian Ke-218.
Kes kematian ke-218 merupakan kes ke-33,873 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 92 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Sarikei apabila saringan kontak rapat kes positif COVID-19 pada 04 April 2021 dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.
Kes juga tidak mempunyai tanda dan gejala jangkitan COVID-19 sebelum dimasukan ke hospital.

Namun kes mulai mengalami kesesakan pernafasan kemudian dan kesihatan kes semakin morosot.

Kes disahkan meninggal dunia pada 14 Mei 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan penyakit paru obstruktif kronik.

IV. Kes Kematian Ke-219.
Kes kematian ke-219 adalah kes ke-15,419 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 63 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kanowit kerana mengalami kesesakan pernafasan.

Kes juga mengalami demam dan batuk sejak empat hari yang lepas. Saringan ujian bagi COVID-19 dengan rT-PCR pada 24 Mac 2021 adalah positif COVID-19.

Kes telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 06:27 PM | Show all posts
Hari ini terdapat 372 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu:
• 113 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu;
• 62 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri;
• 48 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu;
• 44 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei;
• 34 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit;
• 32 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak;
• 15 kes dari PKRC Betong;
• 7 kes dari Hospital dan PKRC Sri Aman;
• 7 kes dari PKRC Serian;
• 5 kes dari PKRC Mukah; dan
• 5 kes dari Hospital Limbang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 31,256 orang atau 82.30% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,419 orang.
Manakala, 324 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 06:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2021 06:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071809 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list