View: 2107|Reply: 6
|
[Sarawak]
Varian India ... hati-hati lah
[Copy link]
|
|
VOC dalam komuniti kita, sila lebih berhati-hati
Negara-negara di seluruh dunia telah mengetatkan peraturan bagi mengelakkan penularan Varian India termasuk Malaysia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan Varian India B.1.617.1 dan B.1.617.2 sebagai antara ancaman kesihatan global kerana dikatakan tiga kali ganda lebih cepat merebak berbanding Varian UK, Afrika Selatan dan Brazil.
Di Malaysia, 2 kes Varian India telah dikesan hasil saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) sebelum menjalani kuarantin wajib. Salah seorangnya telah meninggal dunia pada 1 Mei lalu.
Mangsa yang meninggal telah menjalani ujian saringan sebanyak dua kali dan kedua-duanya negatif. Ini menunjukkan betapa bahayanya varian ini selepas mutasi berganda.
Britain yang dikatakan mempunyai sistem pengawasan virus paling maju 'turut bolos' dan varian ini merebak dengan cepat di negara itu. Dalam tempoh seminggu saja, daripada 520 kes meningkat kepada 1,313 kes.
Varian India pertama kali dikesan Oktober tahun lalu dan kini dilapor merebak di 44 negara. Pengembara dari India dikatakan punca penularan di beberapa negara terutama UK.
Hampir semua negara termasuk Malaysia telah menyekat penerbangan dari India. Rakyat Malaysia yang pulang dari India perlu jalani kuarantin wajib 14 hari dan mungkin akan dilanjutkan kepada 21 hari.
Varian India atau varian mutasi berganda ini sangat menakutkan kerana selain cepat merebak, ia juga menyebabkan gejala yang serius, rawatan kurang berkesan seterusnya berakhir dengan kematian.
Di India, ratusan ribu dijangkiti varian ini dan ribuan meninggal dunia setiap hari. Perkhidmatan kesihatan lumpuh di beberapa negeri dan kebanyakan hospital kehabisan bekalan oksigen.
Tragedi yang sedang berlaku di India seharusnya menjadi ikhtibar kepada kita semua untuk lebih berhati-hati. Walaupun Varian India tidak dikesan dalam komuniti, tapi satu lagi Varian Yang Membimbangkan (VOC), Varian Afrika Selatan B.1.351 telah menular dalam komuniti di Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor manakala Varian UK pula 7 kes telah dikesan.
Varian Afrika Selatan juga merebak dengan cepat. Contohnya satu kluster rentas negeri, Kluster Bunut Sarang Burung di Kelantan yang setakat ini 192 kes positif.
Jika perkhidmatan kesihatan negara kita tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang bertambah mendadak, kematian lebih tinggi tidak dapat dielakkan.
Patuhilah amaran dan nasihat KKM setiap masa kerana menjadi tanggungjawab anda menjaga keselamatan diri dan keluarga.
Elak berada di tempat ramai orang atau sesak seperti pasar raya atau pasar basah. Duduklah di rumah, keluar hanya untuk pergi kerja.
Suka atau tidak, kita perlu hidup dengan virus COVID-19 dan terpulang kepada kita untuk menyesuaikan diri.
Dalam masa sama, daftarlah untuk vaksin COVID-19 dan bagi yang telah mendapat janji temu, hadirlah di PPV seperti yang dijanjikan.
*Komentar ini bukan kenyataan rasmi KKM
credit
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Situasi semasa daerah-daerah seluruh negara berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes #COVID19 setakat 14 Mei.
Hanya Hulu Terengganu masih kekal zon hijau di Semenanjung.
Varian Afrika Selatan B.1.351 telah menular dalam komuniti. Sila berhati-hati dan duduk di rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya tengok. Tapi ramai lagi yang tak takut dan berani ke sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Da tau ada variant baru tutup je la 100% international gate yg nk msk msia. Nak keluar lpskan je, nak msk big no.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut nya gtu la kan ...
kena tegas ... jangan terima masuk
|
|
|
|
|
|
|
|
masih ramai yang tak ikut sop sebenarnya
ada gak yang masih tak percaya dengan covid ni
dorang kata politik..
tu kalo kena dengan keluarga sendiri dan diri sendiri baru nak caya |
|
|
|
|
|
|
|
kena varian india ni ... tak tau la nak kata apa ... vaksin pun tak berkesan ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|