View: 1136|Reply: 3
|
[Sarawak]
Covid19 12/05/2021
[Copy link]
|
|
Sarawak mencatatkan 405 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 289 atau 71.36 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kapit, Sibu, Bintulu, Miri dan Kuching.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah
Kapit (79),
Sibu (68),
Bintulu (60),
Miri (47),
Kuching (35),
Mukah (17),
Samarahan (17),
Subis (16),
Serian (13),
Sebauh (9),
Pakan ( 8 ),
Sri Aman ( 8 ),
Tebedu (6),
Selangau (6),
Lundu (4),
Song (4),
Bukit Mabong (3),
Pusa (2),
Tatau (1),
Kanowit (1)
Sarikei (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,726 kes.
Daripada 405 kes baharu yang dilaporkan, seramai 34 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 346 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
I. 308 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (3 kes bergejala).
II. 38 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (1 kes bergejala).
III. 30 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
IV. 29 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiada kes bergejala).
V. 1 kes melibatkan individu yang balik dari daerah-daerah lain di dalam Sarawak (Import C) (kes tidak bergejala).
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kes Kematian Ke-212.
Kes kematian ke-212 adalah kes ke-32,392 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 43 tahun dari Daerah Beluru yang telah mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan.
Kes didapati bergejala demam dan mengalami batuk sejak tiga (3) hari yang lepas sebelum mendapatkan rawatan. Swab pada 03 Mei 2021 bagi ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.
Keadaan kesihatan semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 11 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fuh... 7 ??
[Tujuh (7) Kluster Baharu].
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tujuh (7) kluster baharu iaitu di Daerah Sri Aman (1) dan Kuching (6) Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut:
I. Kluster Nanga Skrang, Sri Aman
Kluster Nanga Skrang merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nanga Skrang Ulu di Daerah Sri Aman. Sejumlah 66 individu telah disaring di mana:
• 27 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 28 kes didapati negatif; dan
• 11 kes individu masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah ditempatkan di PKRC Sri Aman, PKRC Betong dan PKRC Serian bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Kesemua kontak rapat telah dikenalpasti dan telah dikuarantin.
II. Kluster Skim Penempatan Stapok, Kuching
Kluster Skim Penempatan Stapok merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah skim penempatan di Stapok, Kuching.
Sejumlah 117 individu telah disaring di mana:
• 26 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 57 kes didapati negatif; dan
• 34 kes masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Kesemua kontak rapat telah dikenalpasti dan telah dikuarantin.
III. Lain-Lain Kluster Baharu Di Daerah Kuching
Terdapat lima (5) kluster baharu di Daerah Kuching yang telah diisytiharkan pada hari ini. Walau bagaimanapun, tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan pada hari ini yang melibatkan kluster-kluster ini. Kesemua kes melibatkan kluster-kluster ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Daerah Kuching untuk rawatan lanjut dan pengasingan. Ringkasan kluster-kluster baharu tersebut ialah:
i. Kluster Asia Villa, Kuching.
Kluster komuniti yang melibatkan tiga generasi yang dikesan di sebuah kawasan perumahan di Asia Villa, Kuching. Sejumlah 83 individu telah disaring di mana;
• 15 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 69 kes masih menunggu keputusan makmal.
• Terdapat satu (1) kematian melibatkan kluster ini.
ii. Kluster Jalan Rubber, Kuching.
Kluster keluarga dan tempat kerja ini melibatakn sebuah keluarga di sebuah kawasan perumahan di Jalan Rubber, Kuching. Sejumlah 155 individu telah disaring di mana:
• 12 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 143 kes masih menunggu keputusan makmal.
iii. Kluster Konsortium Bumi, Kuching.
Kluster tempat kerja ini melibatkan satu premis tempat kerja di Jalan Tun Jugah, Kuching. Sejumlah 84 individu telah disaring di mana:
• 8 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 76 kes didapati negatif.
iv. Kluster KEMAS, Kuching.
Kluster keluarga dan tempat kerja ini melibatkan seorang penjawat awam yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jalan Puncak Borneo, Kuching. Sejumlah 70 individu telah disaring di mana:
• 10 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 60 kes didapati negatif.
v. Kluster Singgahsana Lodge, Kuching.
Kluster keluarga melibatkan tiga buah keluarga yang dikesan di sebuah tempat pelancongan di Kuching. Sejumlah 66 individu telah disaring di mana:
• 14 orang telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 52 kes masih menunggu keputusan makmal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah membuat keputusan berikut:
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bagi:
i. PKPD Rh. Jangi anak Jambai, KM1, Jalan Ulu Sebauh, Bint (10 hingga 23 Mei 2021)
ii. PKPD Kuarters Pekerja Samling Reforestation, Sg Mas, Samarakan Bintulu (10 hingga 23 Mei 2021)
iii. PKPD Rh. Musa anak Asit, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (10 hingga 23 Mei 2021)
iv. PKPD Rh. Gerena anak Pi, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (10 hingga 23 Mei 2021)
v. PKPD Blok LL2, Local Lodge, Samalaju Industrial Park, Bintulu (10 hingga 23 Mei 2021)
vi. PKPD Blok Q, Flat Sg Plan, Bintulu (10 hingga 23 Mei 2021)
vii. PKPD Rh. Jeli anak Gaun, Sungai Muput, Tatau (10 hingga 23 Mei 2021)
viii. PKPD Rh. Sulu anak Jambai, Sg Senga, Pandan, Sebauh (10 hingga 23 Mei 2021)
ix. PKPD Blok K PPR Bandaria Park, Bintulu (11 hingga 24 Mei 2021)
x. PKPDKuarters Estet 1, Ladang Jendela Padu, Sebauh (11 hingga 24 Mei 2021)
xi. PKPD Rh. Richard Sg Melaban, Sarikei (13 hingga 27 Mei 2021)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|