View: 2607|Reply: 14
|
Lelaki 66 Tahun, Ada 16 Isteri Dan 151 Anak
[Copy link]
|
|
Harare: Bertuahnya lelaki Zimbabwe ini pada usianya 66 tahun, hidupnya bahagia di samping 16 isteri serta 151 anak.
Misheck Nyandoro, menikmati kehidupan sempurna dengan anak-anak menyara hidupnya, manakala isterinya sepakat dalam mengurus rumah tangga dan memenuhi setiap keinginannya.
Bahkan, Nyandoro merancang untuk berkahwin kali ke-17 bagi mencapai misi yang digelarnya 'projek poligami'.
Jika boleh Nyandoro mahu memiliki 100 isteri dan 1,000 anak.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202105/12/160543buuemjrizyymmi3c.png) Kredit foto: Agensi
Pesara tentera itu berkata, pekerjaan tetapnya hanya membahagiakan semua isterinya yang mula dikahwini secara berperingkat sejak 1983.
"Saya kini sedang merancang perkahwinan ke-17 pada musim sejuk nanti.
"Saya hanya mahu memenuhi misi, projek poligami yang saya mulakan sejak 1983 dan saya berniat tidak mahu berhenti selagi masih bernyawa," katanya dalam portal Daily Mirror.
Katanya, dia tidak pernah terbeban langsung dengan isu kewangan walaupun memiliki anak ramai, malah keluarga besar itu membuatkan rezekinya semakin mencurah-curah.
"Anak-anak termasuk anak tiri sentiasa memanjakan saya. Mereka memberi saya hadiah dan wang," katanya.
Media tempatan melaporkan, pendapatan utama keluarga Nyandoro ialan bertani di ladang seluas 93 hektar di pergunungan Mvurwi.
Enam anaknya ialah anggota tentera, dua polis dan 11 lagi bekerjaya dalam pelbagai profesion manakala 13 anak perempuannya sudah berkahwin. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan bertani besaq mcm tu, patut la kena ada ramai tenaga kerahan.
Media tempatan melaporkan, pendapatan utama keluarga Nyandoro ialan bertani di ladang seluas 93 hektar di pergunungan Mvurwi. |
|
|
|
|
|
|
|
sakan sungguh ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sebulan 30 hari average setiap bini tak smpi 2 malam tidur sama |
|
|
|
|
|
|
|
biar betul 93 hektar ... 186 ekar tuuu ... lebih kurang 1 sqkm ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ptutlh happy, sllu anak2 hulur duit. |
|
|
|
|
|
|
|
baik sungguh org pompuan kat sana takda nak gaduh2 pun ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sapa kena paksa kawin kan
Semua sepakat, semua sanggup, semua happy, so teruskan lah |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 12-5-2021 05:13 PM
Kawasan bertani besaq mcm tu, patut la kena ada ramai tenaga kerahan.
Media tempatan melaporkan, ...
Diladang bercucuk tanam dgn tanah...dirumah bercucuk tanam dgn bini pulok...bukanka iteww yg disebut dalam kitab?...perlakukanlah pada isteri isteri kamu seperti mana kamu bercucuk tanam diladang.....
Apa yg susah nah kau nak pikir |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 13-5-2021 02:29 AM
baik sungguh org pompuan kat sana takda nak gaduh2 pun
Kita yg disini....yg satu pun masih terkial kial nak sangkut..
Sampai keluar specification table andartu berperingkat peringka aka multi level....
Kahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas: Dia agama apa?
Pakai kepiah..bini pakai tudung lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ada ajaran sesat je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aih, tak sakit kepala ke dia hadap bini banyak2. Penunggang nafsu betul. |
|
|
|
|
|
|
|
if they like it, i love it. walaupun ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|