CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2709|Reply: 10

Wan Maimunah Tolak Job, Takut Nak Berlakon

[Copy link]
Post time 10-5-2021 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Bimbang melihat lonjakan angka penularan COVID-19 sejak akhir-akhir ini, bintang air mata, Wan Maimunah, 68, menolak tawaran berlakon buat sementara waktu.


Pelakon veteran yang baru muncul dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu di TV3, enggan membahayakan dirinya kerana menyedari warga emas sepertinya berisiko tinggi dijangkiti wabak berkenaan.


Wan Maimunah yang membahasakan dirinya 'ibu' ini percaya rezekinya sudah disusun Tuhan.


Foto: NSTP




"Alhamdulillah, ibu ada menerima panggilan untuk membintangi drama slot Samarinda pula.


"enggambaran sepatutnya bermula pada 1 hingga 4 Mei lalu, namun, babak ibu ditunda sehingga selepas Aidilfitri.


"Apabila dimaklumkan penundaan tarikh 'shooting', ibu amat lega kerana dalam keadaan sekarang, ibu sangat bimbang untuk keluar.


"Kita tidak tahu dari siapa wabak itu boleh menular. Mungkin dari persekitaran, jadi ibu rasa lebih selamat duduk di rumah sahaja," katanya kepada BH Online.


Wan Maimunah mengaku pada usia sekarang, beliau cukup risau kemungkinan terdedah kepada virus COVID-19.


"Bukan saja penggambaran, undangan berbuka puasa untuk sesetengah majlis juga terpaksa ditolak kerana tidak mahu terdedah kepada risiko.


"Bukan apa, majlis berbuka puasa biasanya dihadiri ramai orang. Kadang-kala ada peminat yang ingin merakamkan foto bersama, bukan ibu sombong tidak mahu bergambar dengan mereka.


"Tetapi apabila bergambar, ada yang minta ibu buka pelitup muka dan penjarakan sosial yang tidak dijaga. Sekiranya ditegur nanti ada peminat berkecil hati dan mengatakan ibu sombong pula.


"Jadi ibu buat keputusan lebih baik tidak pergi ke majlis yang membabitkan ramai orang," katanya.


Wan Maimunah yang berasal dari Johor memberitahu, beliau reda tidak dapat meraikan Syawal dengan bebas kerana apa yang penting, rantaian COVID-19 diputuskan.


Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu pasrah sudah hampir dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya.


"Ibu tidak risau tiada upaya meraikan Syawal bersama sanak-saudara. Sudah hampir dua tahun tidak berjumpa anak-anak dan cucu-cicit di Melaka.


"Apa yang paling ibu risaukan adalah angka COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari.


"Memang kalau hendak kena, di mana-mana pun boleh kerana soal ajal dan maut, Allah yang tentukan.


"Tapi selagi boleh dihindari, ibu akan cuba elak," katanya lagi.


Wan Maimunah juga enggan terlalu memikirkan berkaitan tawaran lakonan dan komitmen kewangan.


"Ibu bukan tidak fikirkan langsung soal kewangan, tapi jika difikirkan sangat pun boleh buat sakit kepala.


"Ibu sentiasa percaya rezeki Allah bagi. Jika ada, adalah. Kalau tidak ada pun tidak mengapa kerana ibu takut untuk keluar bekerja.


"Alhamdulillah, setakat ini, ada individu prihatin menghulurkan bantuan. Seperti ibu katakan, Allah sudah tentukan rezeki kita, rezeki tidak pernah salah alamat.


"Ibu pun tidak suka meminta. Ibu tidak kisah orang ingat ibu atau tidak. Orang lain pun ada banyak komitmen lain yang lebih besar, jadi ibu tidak suka mengharapkan orang lain," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah..jaga diri,jaga kesihatan tu penting di saat Covid tgh mengganas nie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dok gelak besar baca ig story tokpit bila dia tunjuk kat netflix,senarai nama pelakon, nama wan maimunah jd Wan Maimun Ah
sambil disertakan lagu dangdut ah ah ah sbg bekground music dan nama2 retis kpop yg ada Ah Ah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 06:35 AM | Show all posts
saya sentiada call ibu saya
ingatkan jangan pergi mana mana majlis...
kalau pergi mana mana pakai pelitup muka dan hand sanitizer.

kalau ada orang datang rumah suruh cuci tangan.biasalah kan kt kg mesti jiran jiran datang bersembang membawang.

aku dah lar tak leh nak ke melaka,...sebab itu sentiasa call setiap hari..
iyelah keadaan skrg ni...

payah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak sesak sgt..time 2 covid dan di bulan ramadhan tak yah la..duk rumah ..semoga rezeki tak putus
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 07:21 AM | Show all posts
mat_arof replied at 10-5-2021 10:35 PM
saya sentiada call ibu saya
ingatkan jangan pergi mana mana majlis...
kalau pergi mana mana pakai ...

betul weh, risau kan? kdg2 mak kita jaga elok dah, dtg mai jiran entah dari mana yg x follow sop plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2021 10:12 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 11-5-2021 07:21 AM
betul weh, risau kan? kdg2 mak kita jaga elok dah, dtg mai jiran entah dari mana yg x follow sop p ...

itula yang saya pesan kat mak di kampung...kalau ada jiran jiran datang membawang ke bersembang ke...suruh cuci tangan guna hand sanitizer...
dan pakai pelitup muka...biasalah kampung..mesti saling pergi sana sini....

kita yang duduk jauh ni lar kena selalu call ingatkan mak itu ini...nak rentas negeri tak boleh.

risau fikirkan family kat kampung..mak ayah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 12:37 PM | Show all posts
betul tu.. moga acik sihat2 aje....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah tu. Kita pun xtau sekeliling kita selamat atau tak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 07:36 AM | Show all posts
mat_arof replied at 11-5-2021 02:12 AM
itula yang saya pesan kat mak di kampung...kalau ada jiran jiran datang membawang ke bersembang ke ...

moga keluarga kita dan semua rakyat msia dilindungi Allah lah hendaknya dr covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga retis cerdik psl kobid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.512911 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list