Rakyat Malaysia dikejutkan dengan perbualan hiba antara petugas barisan hadapan (frontliner) bersama seorang suami yang baru diberitahu tentang kematian isterinya akibat Covid-19.
Rakaman suara kesedihan si suami yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut turut dirasai oleh para pendengar. Sementelah lagi apabila mendengar tangisan anak-anaknya yang mengiringi kehibaan ayahnya.
Ianya kemudian disebarkan di pelbagai platform media sosial dan menerima pelbagai reaksi.
Menurut wakil forensik, Allahyarhamah Airda Muslimah binti Mahmood adalah seorang pesakit positive Covid-19 yang telah meninggal dunia pada 6 Mei 2021 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Namun, memandangkan suami dan anak-anaknya masih di dalam kuarantin, maka mereka tidak dapat melihat jenazah buat kali terakhir.
Foto :FB
Bagaimanapun, ada netizen yang tidak berpuas hati dengan penyebaran video tersebut kerana ianya mengaibkan keluarga arwah.
Foto :FB
Dalam dunia tanpa sempadan ini, memang sukar untuk mengekang maklumat dari tersebar. Apabila ia sudah dimuat naik ke internet, potensinya untuk lebih tersebar akan lebih meluas kerana ia dikongsi lebih ramai orang.
Takziah buat keluarga arwah dan bagi rakyat Malaysia, sesungguhnya pandemik Covid-19 ini telah banyak meragut nyawa, jadi jaga diri masing-masing ya. - CARI
|