View: 2560|Reply: 12
|
Jenaka KES ROGOL , Ain ANAK SETAN kata pengetua sekolah
[Copy link]
|
|
Pengetua didakwa gelar Ain ‘anak setan’? Siap dapat amaran buang sekolah
Sudah dua minggu berlalu, namun pelajar tingkatan lima Ain Husniza Saiful tetap menjadi perhatian ramai pihak selepas mendedahkan isu guru lelakinya yang membuat jenaka mengenai rogol.
Terbaru, bapa kepada Ain iaitu Saiful Nizam memuat naik sebuah posting di laman Facebook berkongsi beberapa foto tangkap layar memaparkan komen seorang wanita yang menggelarkan anaknya sebagai ‘anak setan’.
Agak2 la kalau nak marah pun…
Betul ke pengetua sekolah?
Menerusi foto tangkap layar itu juga, maklumat terdapat pada akaun Facebook tersebut mendapati wanita terbabit adalah kakitangan di sekolah anaknya sendiri yang memegang jawatan sebagai pengetua sekolah.
“Sekali pun marah, beginikah adabnya? Siapa yang kurang ajar agaknya ya?,” tulis Saiful yang kecewa dengan komen berkenaan.
Meninjau ke laman Twitter pula, ada individu mendakwa bahawa komen tidak beradab itu ditulis dan ditinggalkan oleh anak pengetua berkenaan yang menghidap autisme.
Katanya anak autisme yang tulis?
Dakwaan mengenai anak autisme yang komen…
Bagaimanapun menerusi pencarian, akaun Facebook milik wanita itu sudah dinyahaktifkan tanpa memberikan sebarang penjelasan terperinci mengenai komen ‘anak setan’ tersebut.
Selain itu, Ain turut mendedahkan dia telah mendapat surat amaran kerana tidak hadir ke sesi pembelajaran dan boleh dibuang sekolah jika gagal memberi sebab mengenai ketidakhadirannya.
Saya terlalu penat!
Bapa dah jumpa pengetua & faham situasi, tapi tetap dapat surat…
Pada 24 April lalu, remaja berusia 17 tahun berkenaan mendedahkan perkara itu menerusi sebuah video di platform Tiktok, sebelum menjadi tular Twitter sekali gus meraih perhatian termasuk media antarabangsa.
Sumber: Facebook Saiful Nizam , Twitter @maasweetsmile & @ant33ater
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ain ni tak patut kena expel etc. Tapi dia enjoy the limelight jadi famous dan pejuang..kalau tak sebab isu ni tak merasa dia nak stand out. Apapun pengetua dan sekolah dia tangani isu ni secara tak profesional pun..tak bijak pembawakan HM sekolah ni dalam kes viral |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-5-2021 07:04 AM
Ain ni tak patut kena expel etc. Tapi dia enjoy the limelight jadi famous dan pejuang..kalau tak seb ...
Mcm dua2 anak & bapak sukakan perhatian... Scroll je FB apaknya juga...
Dah patut slow down focus belajar utk spm dak Ain ni... Mesej gurauan rogol dah sampai, dah dapat perhatian, so nak apa lagi?
Tak nak ke sekolah, fine... Cari cikgu, belajar kat rumah or tuition centre (klu tak mco la)... Dtg sekolah utk amik exam je ... Settle. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kat ig soltan melaka si ayen ni komen pasal kesamarataan agama..memang lain macam anak sepol ni. Si bapak kuat memberontak kot..nuron ke anak. Kang SPM hancor nak jawab apa plak. Dia tau spm tak skor so create isu2 camni
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh bapak pun sama melayan tak kerja ke bapak ain ni? Kalau bapak orang lain tak kuasa nak layan dah. Betulkan anak sendiri dulu la.. dengan fon je 24/7 tiktok tak habis-habis |
|
|
|
|
|
|
|
baru tak dtg 3 hari dah kene surat amaran buang sekolah ke? kawan aku cikgu ajar kelas belakang, mmg kehadiran lopong tapi takde pun smpi kene buang sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-5-2021 08:09 AM
Baca kat ig soltan melaka si ayen ni komen pasal kesamarataan agama..memang lain macam anak sepol ...
Bg link please.... |
|
|
|
|
|
|
|
aisey maleh plak sis tp boleh cek twtter ain ni @ant33er
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 10-5-2021 11:21 AM
aisey maleh plak sis tp boleh cek twtter ain ni @ant33er
Boleh la tu....
Tq |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jadi Siti Kassim junior nnti...
|
|
|
|
|
|
|
|
She. Mcm sesuatu.. Akak cannot husnuzon |
|
|
|
|
|
|
| |
|