CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 11

Pelajar Jadi Tebusan Pelatih Tentera Rampas Bas Sekolah

[Copy link]
Post time 7-5-2021 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelatih tentera ditahan dan didakwa atas puluhan tuduhan jenayah selepas merampas sebuah bas sekolah di South Carolina, Amerika Syarikat bersenjatakan senapang.




Kredit foto: The Sun




Lelaki berkenaan lengkap berpakaian celoreng turut menjadikan pemandu bas berkenaan bersama puluhan pelajar sekolah rendah sebagai tebusan sebelum membebaskan mereka.


Insiden berlaku pada jam 7 pagi waktu tempat berdekatan dengan Fort Jackson, pusat latihan tentera terbesar di Amerika Syarikat.


Pelatih tentera tersebut dikenalpasti sebagai Jovan Collazo.


Menurut Ketua Polis Daerah Richland, Leon Lott, pelatih berkenaan melarikan diri daripada pusat berkenaan bersama sebuah senapang.




Kredit foto: Richland County Sheriff's Office/Fox Carolina




"Dia memberitahu pemandu bas berkenaan dia tidak mahu cederakan sesiapa, cuma mahu diturunkan di bandar berdekatan," kata Lott.


Rakaman video disiarkan dalam sidang media polis pada Khamis menunjukkan Collazo menaiki bas berkenaan sebelum menjerit kepada pemandu untuk menutup pintu dan pandu dengan laju.


Seramai 18 pelajar berada di dalam bas terbabit semasa kejadian, tambah Lott.


Selepas beberapa minit, Collazo arahan pemandu untuk hentikan bas berkenaan sebelum mengarahkan semua untuk turun.


Bas sekolah terbabit ditemui beberapa kilometer daripada tempat kejadian bersama senapang yang dicuri pusat latihan tentera.


Polis berkata kes masih dalam siasatan dan kini pihaknya bersama tentera sedang mengesan pelatih terbabit.




Sumber: AWANI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo..sebuah senapang.baru tauuuu.{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ke selaras senapang?

Menurut Ketua Polis Daerah Richland, Leon Lott, pelatih berkenaan melarikan diri daripada pusat berkenaan bersama sebuah senapang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dia tak tembak sesiapa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 02:13 PM | Show all posts
dah dapat ke belum?

mujur budak2 tu takde apa2

mental la ni kena ragging dlm rekrut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2021 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kohkohkoh iol ingatkan iol je triggered salah penjodoh bilangan tu. Adik2 yg membace tolong baca suratkhabar baru lah cemerlang kertas BM. kalo jenis suka baca berita online, berita FB, memang ke laut la gamaknye kertas exam korang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 7-5-2021 12:41 PM
Ooo..sebuah senapang.baru tauuuu.{:cryrun

Sebidang senapang sepatutnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Keanu Reeves tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 10:20 AM | Show all posts
Bukan ke sepatutnya sa-ekor senapang..?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 11:10 AM | Show all posts
Depression agaknya tu yang sampai nak melarikan diri. Tak tahan training teruk sangat agaknya kalau tak pun kene buli dengan rekruit lain... Mesti ada cerita disebaliknya sebab takkan tiba2 je nak melarikan diri dari kem kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 11:15 AM | Show all posts
sebuah senapang?  selaras kan...  geno wartawan ni...  haiyo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.103614 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list