CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2172|Reply: 11

Bakal Peguam Mati Ditembak Tolak Ajakan Bernikah

[Copy link]
Post time 7-5-2021 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara menolak permintaan lelaki bernikah dengannya, seorang wanita di Pakistan dibunuh kejam.


Memetik portal The Sun, graduan undang-undang dari Universiti Middlesex United Kingdom (UK) itu, Mayra Zulfiqar, 26, ditembak mati oleh seorang lelaki yang memecah masuk ke rumahnya di sini, Isnin lalu.








Mayra yang menetap di UK sebelum ini dilaporkan tiba ke negara itu dua bulan lalu untuk menghadiri sebuah jemputan majlis perkahwinan.


Dia dilaporkan bakal bekerja di firma guaman, Duncan Blackett.


Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mati ditembak dan kesan parut ditemukan pada mayatnya.


Dalam dokumen mahkamah difailkan bapa saudaranya, mendakwa dua rakan mangsa cuba memaksanya berkahwin dengan mereka namun dia menolak.


Malah, anak saudaranya juga yang menziarahi rumah terbabit dua hari sebelum insiden berdarah itu mengadu bahawa ada dua lelaki mengugut dan mengasari mangsa.


Pegawai Balai Polis Lahore, Qasim berkata, terdapat kesan tembakan pada bahu wanita itu.


Bagaimanapun, punca kematian hanya akan diketahui selepas laporan forensik dan bedah siasat selesai.


Katanya, dua lelaki disoal siasat kerana dipercayai membantu pembunuhan itu namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haihh...kalau tak puas hati, bunuh diri sendiri je, jangan menyusahkan orang boleh tak? Kesian dia, dah berpenat-lelah belajar di luar negara, ada masa depan cerah, berakhir dibunuh lelaki yang tak boleh terima direject...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian baru nk start kerja dh kena bunuh..
Of course la pompuan tu xnk ... maybe dia ada bf kat uk.. dh lawa kerja pn bagus duk pn kat overseas... ntah2 yg nk dia vice versa
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 jate tu nk kawen dgn arwah ke..kalau setuju nk kawen dgn salah 1 tu yg sekor lagi pulak tak puas hati Takkan nk kawen dgn dua2. Bodo btol jate2 tersebut. Ntah2 spesis bewak nk kawen dgn arwah sbb sheols kerja hebat
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakan mangsa tu maksudnya not from the university ke macam mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 01:43 PM | Show all posts
kesiannyaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Psycho nya sampai bunuh sebab direject. Kalau kena reject, jgn la sampai berdendam. Move on je la. Cari je orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
arwah baru nak start keja, graduan law pulak tu.  Jantan tu terdesak sgt ajak kawin kenapa? ni mesti nak tumpang hidup senang in future ni. Laki tu mungkin nak duduk rumah jadi youtuber saje sebagai pendapatan sampingan. Bini tanggung bil yang besar-besar.

Done speku {:smile Innalillah utk arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2021 02:25 AM | Show all posts
234126 replied at 7-5-2021 03:58 PM
arwah baru nak start keja, graduan law pulak tu.  Jantan tu terdesak sgt ajak kawin kenapa? ni mesti ...

Mungkin btul tekaan uol ni sbb sbb jejantz Paki mmg x suka kat kaum pompuan, mysogynist tpi bila dh dpt yg kaya, mmg lh nak mnumpang ksngan je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 8-5-2021 02:25 AM
Mungkin btul tekaan uol ni sbb sbb jejantz Paki mmg x suka kat kaum pompuan, mysogynist tpi bila d ...

Kat msia pun ramai sejenis laki gitu kan. Just belum tahap membunuh la kalau tak dapat. Paling koman diorang pakai mak esah tok moh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah elok2 duduk UK apasal la balik Pakistan. Takkan la tak tau lelaki pakistan macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 03:18 AM | Show all posts
234126 replied at 8-5-2021 05:33 AM
Kat msia pun ramai sejenis laki gitu kan. Just belum tahap membunuh la kalau tak dapat. Paling kom ...

Tok Moh punya effect lgi sakit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070671 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list