View: 1468|Reply: 6
|
Konstabel polis, 3 lelaki disyaki menyamun warga Nepal ditahan
[Copy link]
|
|
Iskandar Puteri: Empat lelaki termasuk seorang konstabel polis ditahan selepas disyaki menyamun warga Nepal di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menahan kesemua suspek berusia 20 hingga 35 tahun pada 12.10 tengah malam.
Menurutnya, anggota polis berusia 23 tahun itu ditahan bersama tiga yang lain bekerja sebagai buruh binaan, pemandu bas dan pemandu lori tunda.
"Siasatan awal mendapati seorang daripadanya mempunyai tiga rekod jenayah lampau, manakala yang lain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Lima telefon bimbit pelbagai jenama, dua kunci kereta serta alat kawalan jauh, kad bank, kad kuasa polis, sepasang gari, topi 'baseball', pelitup muka warna hitam selain sebuah kereta Toyota Vios dan Honda City turut dirampas.
"Siasatan lanjut masih dijalankan, selain polis percaya dengan tertangkapnya kumpulan ini dapat menyelesaikan beberapa lagi kes samun berkumpulan yang berlaku sepanjang bulan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Katanya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 9 Mei ini.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.
Kan dah kerja dah. Pak Polisi lagi. Rugi rugi. 23 tu muda ngat ngat sgt. For sure akan kesal seumur hidup dek kejadian ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusla polis ni awal2 dh kantoi ni kalau dah lama naik tocang la, mcm cerita one teo jaga la polis ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sesuai kpn baru acrylic x bg polis buat siasat rawak warga asing..nak elak kes camnil ah..ngepau org jah keja...bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Mendapatlah...polis lg tu...buat malu pdrm jer..nasib baik dpt cekup awal.. |
|
|
|
|
|
|
|
klau utk kes warga asing,biar pegawai imigresen yg tahan dgn bantuan polis. kalau imigresen nak buat serbuan, minta bantuan polis. buat SOP mcm ni. kalau pegawai imigresen sedang buat tahanan rawak dkt satu-satu kawasan,maklumkan pada IPD terus utk supaya polis yg terdekat boleh bg bantuan. biar SOP mcm ni.senang. kalau boleh sprm pun join skali |
|
|
|
|
|
|
|
Pangkat rendah geng dengan penjenayah cap ayam.asp,dsp geng dengan kartel niki..semua ada cara cari duit tepi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|