"Aku membesar dengan abang Azhan Rani dan aku berbangga dapat peluang melihat abang Azhan mengembangkan sayapnya dalam industri. Susah payahnya dulu berbaloi, lihatlah abang Azhan di mana sekarang. Masih lagi down to earth walaupun ilmu dan pengalamannya luar biasa."
Demikian antara kapsyen pelakon Fimie Don mengenai idolanya, pelakon serba boleh Azhan Rani.
Kata Fimie di Instagram, dia berasa bangga dengan Azhan semenjak mereka mula digandingkan berlakon dalam sebuah karya.
Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada Azhan yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya selama berada dalam industri seni.
Hantaran itu turut mendapat perhatian Azhan yang terharu dengan penghargaan dari Fimie itu.
Kredit foto: Instagram Fimie Don via murai.my
Menerusi ruang komen, rata-rata para peminat turut bersetuju dengan hantaran Fimie itu.
Dalam pada itu, sempat lagi ya Fimie 'kenakan' Azhan dengan memuat naik beberapa keping gambar aktor terbabit yang dilihat agak melucukan.
Kredit foto: Instagram Fimie Don
Apapun, sikap Fimie menghargai pelakon senior seperti ini satu contoh yang baik dan elok diteladani pelakon muda lain. - CARI
|