Isu hangat rogol dan pornografi mendapat perhatian daripada hos popular, Cik Puan Sarimah Ibrahim yang menyifatkan masing-masing mempunyai tanggung jawab terhadap nafsu sendiri.
Menurutnya lagi, penyelesaian terbaik ialah kaum adam menghentikan tabiat menonton filem lucah yang mendorong mereka untuk melakukan perbuatan tersebut. Ini kerana kebanyakkan kes rogol berlaku daripada pemangsa yang dikenali berbanding orang asing. Semuanya itu dinyatakan dalam Instagram Story nya.
Tidak hanya itu, Sarimah, 43 turut menegur perbuatan seorang wanita mengherdik sekumpulan wanita bertudung yang makan di khalayak ramai dengan menyatakan bukan itu cara untuk berdakwah.
Foto : IG
Foto : Twitter
Biarpun kedua-dua isu berlainan, namun dia terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya supaya lebih ramai orang peka dengan situasi semasa sekaligus menyebarluaskan lagi informasi sebegini.
Foto : IG
"Ingat, nafsu bukan alasan untuk jenayah seperti mencabul dan merogol. Pilihan di tangan setiap individu."
"Ada cara yang lebih baik untuk beri nasihat atau pesanan. None can speak to others like this. As I always say- biarkan orang dewasa lain tanggung dosa sendiri. Risau pasal niat dan dosa masing2 lagi penting!"
Foto : IG
Tahniah, seorang lagi artis yang bersuara mengenai isu trending. Diharapkan lebih ramai selebriti prihatin dan menguar-uarkan mengenai kesedaran isu semasa berbanding cuba menyakitkan netizen dengan isu yang sengaja-ngaja dibuat. - CARI
|