|
Edited by BarbiePink at 1-5-2021 09:36 PM
Difahamkan, perkara itu terjadi kerana bayaran yang sudah dipersetujui sejak awal tiba-tiba dipersoalkan pelakon senior itu.
Tya, 27, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin mengakui wujud masalah sebelum mengambil pendekatan menyelesaikan perkara itu dengan baik.
"Memang berlaku kelemahan dari segi komunikasi. Pada asalnya saya diberitahu pengurus ibu sudah bersetuju dengan bayaran ditetapkan.
"Namun, apabila tiba di lokasi penggambaran, saya dimaklumkan ibu menyangka ia hanya projek membabitkan pelajar universiti. Selepas tahu ia membabitkan jenama produk, ibu mula minta harga yang sewajarnya. Malah, dia hampir tidak mahu meneruskan penggambaran dan mahu pulang ke rumah.
"Akhirnya kata sepakat dicapai apabila bayaran dinaikkan dan penggambaran pun diteruskan. Ibu juga meminta maaf kerana tiba lewat disebabkan masalah tak terduga. Mujur ibu sangat profesional dan penggambaran tidak mengambil banyak 'take'. Jadi ia mempercepatkan proses penggambaran," katanya.
Sementara itu, Fauziah ketika dihubungi berkata, dia mempunyai nilai bayaran tertentu bagi sesebuah projek yang dijalankan.
"Sebenarnya saya memang tidak tahu siapa Tya dan penggambaran itu untuk siapa. Pengurus hanya cakap ia untuk budak baru dan kalau boleh jangan kenakan bayaran tinggi. Ini kerana untuk drama bersiri, telefilem, iklan produk dan lain-lain saya sudah tetapkan harganya. Ketika itu dalam fikiran saya projek ini membabitkan pelajar universiti.
"Namun, apabila tiba di sana baru tahu penggambaran ini untuk drama pendek membabitkan iklan produk. Apabila pekerja dia maklumkan siapa Tya dan tujuan penggambaran, saya beritahu kena buat perbincangan harga lain. Saya minta maaf sebab memang tak kenal Tya.
"Alhamdulillah, masalah itu dapat selesai dan saya jalankan tanggungjawab yang diberikan. Saya dan Tya pun tak ada masalah. Kalau isu ini menjadi tular, bagi saya ia satu kebaikan untuk produk dia," katanya.
Drama pendek berdurasi lima minit arahan ElHelmiKhir ini mengisahkan mengenai hubungan ibu dan anak yang sangat rapat sejak kecil dan boleh ditonton di Instagram TV @mutyarabeauty.
Sumber metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|