Seorang ibu terkejut dan sedih apabila anaknya mengadi dirotan guru. Sampai menggigil tubuh, katanya.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Puan Eda Ni memuat naik beberapa gambar bukti tubuh anaknya berbirat dirotan.
Malah, wajahnya juga terdapat kesan calar selain gambar serpihan pembaris kayu patah dipercayai digunakan untuk merotan kanak-kanak terbabit.
Perkongsian tersebut menimbulkan tanda tanya di sebalik motif kejadian berkenaan yang disifatkan tidak wajar.
Bercerita lebih lanjut, wanita itu mendakwa guru anaknya berbuat demikian kerana kanak-kanak itu gagal menyiapkan kerja sekolah yang baru sahaja diberi.
Menerusi beberapa posting lain, Puan Eda memaklumkan bahawa dia sudah membawa anaknya ke klinik dan membuat laporan polis dan difahamkan, kes kini dalam siasatan. - CARI |