View: 1310|Reply: 3
|
Tiada kelibat Cristiano Ronaldo, Messi di Piala Dunia?
[Copy link]
|
|
LONDON: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo mengetuai barisan kesebelasan terbaik pemain yang akan beraksi dalam Liga Super Eropah (ESL).
Bagaimanapun, mereka berkemungkinan berdepan penggantungan tidak dapat beraksi pada saingan Piala Dunia.
Sebanyak 12 kelab gergasi di Eropah akan beraksi dalam saingan liga yang tidak menggunakan sistem penyingkiran itu.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dikenali sebagai 'Big Six' melengkapkan separuh daripada 12 pasukan beraksi di kejohanan bernilai 4.6 bilion pound (RM26.4 bilion) diperuntukkan oleh JP Morgan.
Enam lagi pasukan adalah Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona, Inter Milan, AC Milan dan Juventus.
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyelar perancangan kejohanan berkenaan, di mana pemain yang menyertai ESL mungkin berdepan penggantungan aksi antarabangsa.
Situasi itu menyaksikan kemungkinan ramai pemain terbaik dunia tidak akan beraksi pada saingan Piala Dunia dan Euro.
Selain Ronaldo dan Messi, beberapa lagi pemain ternama yang berdepan penggantungan berkenaan termasuk penjaga gol, Jan Oblak, pertahanan, Sergio Ramos dan Virgil van Dijk.
Manakala pemain tengah pula Bruno Fernandes, Mohamed Salah, Kevin De Bruyne dan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. - Agensi
Sumber : Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah x jadi kan super league ni? aku yg fan juve ni pun rengsa dan x setuju langsung isu neh |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 22-4-2021 05:15 PM
Dah x jadi kan super league ni? aku yg fan juve ni pun rengsa dan x setuju langsung isu neh
Berita basi dah.. Man city mula2 tarik diri, semua kelab inggeris ikut.. Florentino perez macam mana ntah misi dia gagal |
|
|
|
|
|
|
|
VioletsAre_Blue replied at 22-4-2021 05:34 PM
Berita basi dah.. Man city mula2 tarik diri, semua kelab inggeris ikut.. Florentino perez macam ma ...
Keje sia2 dan bodo je nk lawan uefa,fifa semua tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|