CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1018|Reply: 0

Ugut Pengurus, 15 Tahun Ponteng Kerja Tapi Gaji Jalan

[Copy link]
Post time 22-4-2021 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pekerja di sebuah hospital Itali didakwa tidak hadir ke tempat kerja selama 15 tahun namun dibayar gaji selama tempoh itu, media tempatan melaporkan.


Lelaki berkenaan dikatakan tidak hadir ke Hospital Ciaccio di Catanzaro sejak 2005.




gambar hiasan




Dia kini disiasat atas kesalahan menipu, melakukan pemerasan dan salah guna kuasa, menurut laporan agensi berita Ansa.


Sepanjang tempoh 15 tahun itu, lelaki berkenaan dilaporkan telah dibayar sebanyak 538,000 euro (RM2.67 juta).


Enam pengurus hospital yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan turut disiasat.


Penahanan dibuat hasil siasatan polis berkenaan amalan ponteng kerja dan dakwaan penipuan dalam kalangan pekerja sektor awam di Itali.




Lelaki berkenaan dikatakan tidak hadir ke Hospital Ciaccio di Catanzaro sejak 2005. - Foto Google View




Lelaki berkenaan merupakan pekerja sektor awam dan ditugaskan di hospital itu pada tahun 2005 namun dia tidak hadir ke tempat kerja, kata polis.


Dia turut didakwa mengugut pengurusnya supaya tidak melaporkan tindakan dia itu.


Selepas pengurus berkenaan pencen, ketidakhadiran lelaki itu tidak disedari pengurus seterusnya atau petugas sumber manusia.




Sumber: AWANI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.215896 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list