|
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di dua kawasan ditamatkan, hari ini.
JPBNS dalam satu kenyataan, berkata antaranya PKPD Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangan.
“Ia memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.
“Di samping itu juga, tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut,” katanya.
PKPD dilaksanakan selama dua minggu di Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangan, bermula pada 8 April lepas.
Sementara itu, PKPD di Kampung Menuang Baru di Limbang juga ditamatkan hari ini.
Jawatankuasa berkata ia memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.
Katanya di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut.
PKPD Kampung Menuang Baru juga dilaksanakan pada 8 April dan berakhir pada 21 April 2021.
Jessica Jawing
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|