CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 879|Reply: 0

[Sabah] Kes COVID-19 di Sabah kembali tinggi

[Copy link]
Post time 22-4-2021 06:22 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah kembali meningkat kepada tiga angka dengan 172 kes baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 82 kes.

Katanya, 72 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu dikesan dari Kluster Khidmat membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMAKK).

Menurutnya, sekolah berkenaan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 April hingga 1 Mei 2021.

"Daerah Tawau merekodkan sebanyak 42 kes diikuti Lahad Datu 15 kes dan Putatan enam kes," katanya dalam ciapan di akaun rasmi Twitternya di sini hari ini.

Beliau berkata, 14 daerah di negeri ini tidak mencatatkan sebarang kes baharu.


Siti Aisyah Narudin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.520833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list